Usul rujuk PMX ke Jawatankuasa Hak Parlimen ditolak Speaker

August 26, 2025 · Politik

Usul pembangkang untuk merujuk Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen telah ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul.

Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan, memaklumkan penolakan tersebut dibuat atas alasan kenyataan Perdana Menteri berkenaan tindakan undang-undang terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam isu Pulau Batu Puteh adalah selaras dengan syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

“Padahal, RCI tidak pernah menyatakan Mahathir bersalah,” jelas Takiyuddin kepada pemberita di Parlimen.

Usul yang dikemukakan pada 24 Julai lalu itu mendakwa Anwar cuba mengelirukan Dewan Rakyat mengenai isu RCI Batu Puteh.

Ia berikutan kenyataan Perdana Menteri bahawa Kabinet memutuskan untuk tidak mengambil tindakan undang-Undang terhadap Dr. Mahathir berdasarkan faktor usia.

Siasatan RCI tahun lalu mendapati terdapat kemungkinan bekas perdana menteri itu secara sengaja mempengaruhi Jemaah Menteri untuk memberhentikan permohonan semakan kes kedaulatan Batu Puteh pada 2018.

Keputusan tersebut dibuat meskipun terdapat pandangan perunding antarabangsa yang menyatakan permohonan semakan mempunyai kemungkinan munasabah untuk berjaya.

RCI telah mengesyorkan laporan polis dibuat terhadap Dr. Mahathir, dengan menyatakan siasatan jenayah boleh dimulakan di bawah Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan menipu.

Sebagai respons, Dr. Mahathir menyatakan kesediaannya untuk berhadapan dengan sebarang tindakan undang-undang untuk membuktikan dakwaan tidak bersalah, sambil menegaskan bahawa beliau tidak memerlukan sebarang imuniti termasuk pertimbangan usia.

Berita berkaitan
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
September 22, 2026· Politik
Anwar imbau detik di Penjara Sungai Buloh
3 jam lalu· Politik
PKR Kedah tolak gesaan supaya bubar Parlimen awal
September 20, 2026· Politik
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
September 20, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
September 22, 2026 · Politik
Pembatalan lantikan Exco Negeri Sembilan sah, ada asas Perlembagaan: Peguam
September 22, 2026 · Politik
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
September 22, 2026 · Politik
DUN Melaka dijangka bubar hari ini, PRN semakin hampir
3 jam lalu · Politik
Zahid nafi dititah menghadap Tuanku Muhriz
3 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok