Penularan varian Covid-19 baharu, dikenali sebagai XFG.
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesahkan penularan varian Covid-19 baharu, dikenali sebagai XFG, di Malaysia.
Varian ini dikesan daripada pemantauan terhadap 43,087 kes yang dilaporkan sepanjang Minggu Epidemiologi (ME) ke-35/2025, yang berakhir pada 6 September lalu.
Menurut Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, varian XFG menyumbang kepada 8.2 peratus daripada jumlah kes tersebut.
Beliau turut memaklumkan varian NB.1.8.1 kekal sebagai varian paling dominan dengan 39.4 peratus kes, diikuti oleh varian JN.1 (18.1%) dan XEC (13.3%).
“Secara kumulatif, sehingga ME35/2025, sebanyak 43,087 kes dilaporkan berbanding 85,297 kes bagi tempoh sama pada 2024, iaitu penurunan 49.5 peratus,” jelas beliau dalam satu kenyataan.
“Kes mingguan pada ME35 adalah 594, penurunan sebanyak 12.8 peratus berbanding 681 kes pada ME34,” tambah kenyataan itu lagi.
Varian XFG, yang mula dikesan di Asia Tenggara pada Januari lalu, telah dikelaskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai ‘varian bawah pengawasan’ ekoran penularannya yang pantas di peringkat global.
Varian ini adalah hasil rekombinan dua subvarian Omicron, LF.7 dan LP.8.1.2, dan telah menjadi dominan di Indonesia.
Dalam perkembangan berkaitan, KKM melaporkan satu kematian baharu pada ME35/2025 yang membabitkan seorang warga emas berusia 91 tahun.
Ini menjadikan jumlah kematian kumulatif akibat Covid-19 tahun ini kepada tiga kes.
Saifuddin: Polis buka kertas siasatan, dakwaan Ismail dipaksa jadi perhatian
DKU: Tuanku Muhriz kekal bertakhta, proklamasi penurunan tak sah
FGV lantik firma audit bebas, semak isu tadbir urus
Saifuddin mahu elaun RELA RM8 disemak segera
Lawatan sulung PMX ke Maldives beri momentum baharu hubungan dua hala: Bernama
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum