Ketua Penerangan Parti Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz.
Tun Faisal Ismail Aziz tampil menjelaskan berhubung isu ‘anak emas’ yang dibangkitkan oleh Wan Saiful Wan Jan yang lantang mengkritik bekas partinya, Bersatu selepas pemecatan baru-baru ini.
Ketua Penerangan Bersatu itu membidas Wan Saiful yang menuduh kononnya Setiausaha Agung parti, Azmin Ali menjadi ‘anak emas’ yang mendapat keistimewaan, walhal sebaliknya yang mendapat macam-macam termasuk projek adalah Ahli Parlimen Tasek Gelugor tersebut.
“Pasai anak emas ni, yang dapat macam-macam ialah Wan Saiful dan WAF (Wan Ahmad Fayhsal). Dapat Jana Wibawa Wan Saiful,” dakwanya dalam satu wawancara podcast, The Tiger Show.
Tun Faisal turut mendakwa Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin berusaha keras dan berunding untuk mencalonkan Wan Saiful di kerusi Tasek Gelugor pada Pilihan Raya Umum Ke-15, walaupun ketika itu dia adalah Ketua Bersatu Bahagian Bangi.
“Itu pun masih kata Azmin anak emas,” tambahnya.
Program Jana Wibawa merupakan salah satu inisiatif rangsangan ekonomi semasa tempoh pandemik Covid-19 di bawah pentadbiran Muhyiddin, yang bertujuan membantu kontraktor Bumiputera.
Wan Saiful, yang telah dipecat daripada Bersatu pada 14 Oktober lalu, kini menghadapi perbicaraan mahkamah atas dua tuduhan rasuah.
Dia didakwa menerima suapan berjumlah RM6.9 juta bagi projek jalan raya bernilai RM232 juta yang dikaitkan dengan Jana Wibawa.
Selain itu, beliau juga dituduh meminta wang suapan untuk membantu sebuah syarikat mendapatkan projek yang sama.
PRN Melaka: Adam Adli yakin calon baharu PKR mampu buat kejutan
Aziz Bari: PAS parti politik, bukan agama
Zahid beri jaminan, kemelut calon MCA akan diselesaikan
PRN Melaka: PKR tawar 30 peratus calon wanita
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum