Bahan eksploitasi seksual kanak-kanak (CSAM) perlu dibanteras.
Seorang pegawai jualan mengalami kerugian mencecah hampir RM2 juta selepas diperdaya oleh sindiket pelaburan dalam talian yang menawarkan perkhidmatan pengurusan aset.
Mangsa, seorang wanita berusia 53 tahun, mula terjebak dalam skim ini pada pertengahan Ogos lalu setelah ternampak iklan pelaburan saham yang menjanjikan pulangan tinggi melalui Facebook.
Ketua Polis Pulau Pinang, Azizee Ismail, berkata mangsa kemudian berhubung dengan seorang wanita melalui WhatsApp sebelum dimasukkan ke dalam sebuah kumpulan bernama ‘Merill’.
“Mangsa telah dijanjikan pulangan keuntungan antara 150 hingga 200 peratus dalam tempoh hanya dua minggu.
“Tertarik dengan tawaran itu, beliau diminta memuat turun aplikasi bernama MML Max untuk mendaftar dan memulakan pelaburan,” jelas Azizee dalam kenyataannya.
Menurutnya, mangsa seterusnya melakukan sebanyak 35 transaksi pemindahan wang ke enam akaun bank berbeza milik syarikat terlibat, dengan jumlah kerugian keseluruhan RM1.974 juta antara 6 September dan 28 Oktober lalu.
Mangsa hanya menyedari ditipu apabila gagal mengeluarkan sebarang keuntungan daripada aplikasi berkenaan, malah diminta lagi membuat bayaran tambahan.
“Mangsa kemudian tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut,” tambah Azizee.
Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana penipuan.
Kerajaan cari jalan bantu syarikat media bertahan: Fahmi
Fahmi santuni bekas Ketua Pengarang Melaka Hari Ini, serah sumbangan HAWANA
Bekalan minyak negara kembali stabil, PETRONAS ambil langkah proaktif: PMX
Quranic Madani akan diperluas, sambutan orang ramai luar biasa: Menteri Agama
Fahmi menghadap Sultan Selangor sembah isu akaun palsu kerabat diraja
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan