Wanita didakwa sebar berita palsu harga minyak: MCMC

April 30, 2026 · Isu semasa

Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang hari ini atas tuduhan menyebarkan maklumat palsu mengenai harga bahan api menerusi media sosia.

Tertuduh, Siti Nor Sayikilla Mohd Azhar, 31, didakwa memuat naik kandungan menggunakan nama dan logo BuletinTV3 di platform Threads pada 31 Mac lalu.

Kandungan itu mendakwa berlaku kenaikan harga petrol dan diesel yang bercanggah dengan pengumuman rasmi kerajaan yang berkuat kuasa 1 April 2026.

Mengikut pertuduhan, beliau didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana secara sedar menggunakan aplikasi untuk menyebarkan komunikasi palsu.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan.

Mahkamah membenarkan jaminan RM4,000 dan menetapkan 4 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Jika sabit kesalahan, beliau berdepan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Dalam kenyataan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menegaskan pihaknya memandang serius penyalahgunaan platform digital untuk menyebarkan maklumat palsu.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang menyalahgunakan kemudahan komunikasi bagi mengelirukan orang ramai,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai disaran menyemak kesahihan sesuatu maklumat melalui sumber rasmi sebelum berkongsi di media sosial.

Pihak berkuasa sekali lagi mengingatkan pengguna internet supaya lebih bertanggungjawab, terutama dalam era maklumat pantas yang mudah dimanipulasi dan berpotensi menjejaskan ketenteraman awam.

Berita berkaitan
Isu curi kandungan, Fahmi minta buat laporan kepada Majlis Media
6 jam lalu· Isu semasa
Hari Kurier Negara: MCMC lancar inisiatif bendung scam bungkusan
October 31, 2026· Isu semasa
PMX arah isu e-dagang ditangani segera
October 30, 2026· Isu semasa
MCMC menang tuntutan RM15.32 juta terhadap MajuBina
October 30, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Polis siasat wanita didakwa kasari dua kanak-kanak di pusat beli-belah: Bernama
6 jam lalu · Isu semasa
RM259.5 juta tunggakan projek luar bandar perlu dilunaskan: Zahid
13 jam lalu · Isu semasa
Dana kerajaan mesti sampai kepada rakyat, bukan bocor: PMX
13 jam lalu · Isu semasa
25 aduan petrol bercampur air di Perak: KPDN
15 jam lalu · Isu semasa
Sultan Selangor gering, istiadat 1 November ditunda
October 31, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
16 jam lalu
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok