Zahid beri isyarat tak marah Zafrul keluar UMNO masuk PKR

June 11, 2025 · Isu semasa

Hubungan Tengku Zafrul Abdul Aziz dengan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi masih dalam keadaan baik dan tidak tegang walaupun sudah keluar UMNO untuk menyertai PKR.

Zahid tidak memberi sebarang tanda-tanda bertegang urat dengan Zafrul susulan keputusannya untuk keluar UMNO baru-baru ini dan ia tidak akan menjejaskan hubungan dalam urusan pentadbiran negara.

“Dari dulu itu prinsip saya. Kita mempunyai garis badan yang jelas bahawa soal politik harus kita ketepikan dalam pengendalian dan urusan organisasi, apatah lagi urus tadbir negara.

“Yang tiada, cuma cium mulut saja,” kata Zahid semasa ditanya merasmikan ‘Women In Export Forum 2025’ semalam.

Kenyataan itu memberi gambaran hubungannya dengan Tengku Zafrul kekal baik.

Pada 30 Mei lalu, Tengku Zafrul yang juga menteri pelaburan, perdagangan dan industri umum letak jawatan dalam UMNO serta keluar parti, selain menyatakan hasrat menyertai PKR.

Terdahulu, Zahid ketika berucap turut mengemukakan beberapa cadangan bagi memperkasa peranan usahawan wanita agar dapat menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Antaranya termasuk penubuhan ‘Women Export Incubator’, pusat sehenti yang menyediakan ekosistem sokongan bagi usahawan wanita yang ingin menembusi pasaran antarabangsa.

Katanya, inkubator itu perlu menawarkan khidmat mentor eksport, latihan pensijilan antarabangsa, ruang kerja bersama serta klinik perniagaan digital, terutamanya untuk menyantuni golongan wanita dari kawasan luar bandar dan kumpulan B40.

Selain itu, beliau berpendapat, Skim Dana Pemerkasaan Wanita Global perlu diselaras sebagai satu skim pembiayaan eksport yang dirangka khusus untuk membantu usahawan wanita berpotensi tinggi tetapi kurang akses kepada modal.

“Saya yakin Tengku Zafrul boleh bawa perkara itu ke peringkat kementerian untuk pelaksanaan memandangkan cadangan tersebut mempunyai asas yang kukuh,” katanya.

Berita berkaitan
Manifesto: PH tawar 30,000 pekerjaan, 20,000 rumah mampu milik di NS
1 jam lalu· Rencana
UMNO jamin tiada ‘tebuk atap’ hingga PRU16
1 jam lalu· Politik
Akmal pertahan penyatuan parti Melayu selepas disindir UMNO cium ‘tapak kaki’
4 jam lalu· Politik
Marzuki dakwa UMNO jatuhkan kerajaan Muhyiddin
7 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
MCMC siasat hantaran 3R hina Tuanku Muhriz
3 jam lalu · Isu semasa
Isu eFishery: KWAP masih kukuh, Tengku Zafrul sifatkan dakwaan bankrap sebagai ‘auta’
4 jam lalu · Isu semasa
NADI sasar jadi pusat lahirkan pakar AI luar bandar: MCMC
7 jam lalu · Isu semasa
Kementerian kurangkan latihan di hotel ambil langkah berhemah berbelanja: Fahmi
7 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Vivy Yusof: Saksi beritahu RM8 juta masuk dipindahkan ke akaun lain
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
July 18, 2026
[VIDEO] Hari penamaan calon PRN N9 di Linggi, Lukut, Chuah, Sri Tanjung dan Bagan Pinang
July 18, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok