Zahid: Hubungan dengan Anwar tiada masalah

September 6, 2026 · Politik

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan hubungannya dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim semakin tegang susulan beberapa perkembangan politik kebelakangan ini.

Ahmad Zahid menegaskan tiada masalah antara beliau dengan Anwar, sama ada dalam hubungan peribadi mahupun urusan rasmi kerajaan.

“Saya tidak ada sebarang masalah sama ada dari segi peribadi atau secara rasmi.

“Tidak ada sebarang permasalahan di antara kami ketika berada dalam mesyuarat Kabinet ataupun dalam majlis atau acara rasmi,” katanya.

Kenyataan itu susulan laporan sebuah portal berita sebelum ini yang memetik sumber mendakwa hubungan kedua-dua pemimpin semakin renggang.

Antara perkara dikaitkan ialah keputusan Barisan Nasional (BN) untuk menentang Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan baru-baru ini.

Hubungan politik dalam Kerajaan Perpaduan turut didakwa berdepan tekanan susulan desakan DAP supaya reformasi institusi dilaksanakan menjelang akhir tahun.

Anwar sebagai Perdana Menteri memerlukan sokongan blok BN yang dipimpin Ahmad Zahid bagi mendapatkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat sekiranya pindaan Perlembagaan mahu dilaksanakan.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menegaskan BN akan terus memainkan peranan dalam memastikan kestabilan politik negara sehingga tamat penggal pentadbiran.

Menurutnya, sebarang keputusan dalam kerajaan dibuat secara profesional tanpa menjejaskan kestabilan politik.

“Yang penting bagi Barisan Nasional sebagai salah sebuah komponen di dalam Kerajaan Perpaduan adalah kestabilan politik di negara ini sehingga akhir penggal.

“Kami melakukan proses membuat keputusan dan mencapai keputusan secara profesional,” katanya.

Ahmad Zahid berkata kestabilan politik penting bagi memastikan keyakinan pelabur asing terus terpelihara, selain membantu memperkukuh pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau turut mengingatkan keputusan Perhimpunan Agung UMNO untuk kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal.

“Kita tahu resolusi Perhimpunan Agung UMNO telah menetapkan kita berada dalam Kerajaan Perpaduan ini hingga tamat tempoh dan ini yang kami lakukan supaya terdapat kestabilan politik sepenuhnya.

“Ia bagi mengelakkan sebarang permasalahan terutama daripada pelabur luar negara, FDI (pelaburan langsung asing) dan juga untuk mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Berita berkaitan
Zahid jangan bawa politik ‘budak-budak’ ke Putrajaya: Mahfuz
9 jam lalu· Politik
Zahid jangan main politik isu BUDI95: ADUN Buntong
11 jam lalu· Politik
DUN Melaka bakal bubar, Ab Rauf beri bayangan bulan ini
12 jam lalu· Politik
UMNO hormat keputusan Agong, tetap harap terbaik untuk Najib
16 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
‘Penguatkuasaan undang-undang bukan serangan terhadap UMNO’ – Sheikh Umar
11 jam lalu · Politik
Pemuda Amanah Perak gesa SPRM semak kekayaan anak Azeez
15 jam lalu · Politik
PRU16: Zahid mahu mandat dikembali kepada rakyat
16 jam lalu · Politik
Zahid mahu GST kembali, puji sistem era Najib
18 jam lalu · Politik
Pimpinan PAS muncul di PAU, kerjasama pilihan raya jadi tanda tanya
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok