Zambry beritahu PMX pesan jangan buang pelajar UMS bakar gambar

June 24, 2025 · Isu semasa

Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) terlibat dalam perhimpunan kontroversi pada hujung minggu lalu tidak akan dibuang selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi pesanan agar bertimbang rasa dalam mengambil tindakan.

Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir memaklumkan menerima pesanan daripada Anwar agar tidak terlalu mengambil tindakan drastik yang boleh menjejaskan masa depan pelajar terlibat walaupun sikap biadab dipamerkan semasa berhimpun membuat bantahan baru-baru ini.

“Perdana Menteri berpesan agar pelajar UMS yang terlibat dalam insiden baru-baru ini tidak dibuang universiti.

“Bagi Perdana Menteri, mereka mungkin membuat kesilapan tetapi masa depan dan pengajian mereka jauh lebih penting dan perlu diutamakan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Pada Ahad lalu, sekumpulan pelajar di Sabah menamatkan protes 22 jam berhubung gejala rasuah dengan membakar poster Anwar yang memaparkan tulisan “Madani pelindung perasuah Sabah”.

Jurucakap Sekretariat Rakyat Benci Rasuah, Fadhil Kasim berkata kain rentang tersebut melambangkan kritikan pedas terhadap pentadbiran Anwar, yang didakwa mereka sebagai gagal menunaikan janji berkaitan reformasi institusi.

Tindakan tersebut mengundang kecaman daripada pelbagai pihak, termasuk Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kamil Abdul Munim, yang berkata mereka membakar imej Anwar kerana tiada hujah yang kukuh.

Ketua Polis Sabah Jauteh Dikun semalam berkata siasatan sedang dijalankan mengikut Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan
Anwar tegas martabatkan bahasa Melayu, perluas penguasaan bahasa asing
13 jam lalu· Isu semasa
PMX dedah 50 ekar bandar diisytihar tanah rizab Melayu, nafi abai Bumiputera
July 27, 2026· Politik
RCI Tabung Haji: Kerajaan buat keputusan Rabu ini
July 27, 2026· Isu semasa
BN tidak kompromi isu perkauman walau ada kerjasama politik: Zambry
July 26, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
PRN NS: Waspada maklumat palsu menjelang hari pengundian
2 jam lalu · Isu semasa
Malaysia kini hanya 7.1 peratus lagi ke status negara berpendapatan tinggi
5 jam lalu · Isu semasa
38 Pusat undi awal PRN Negeri Sembilan ditutup
5 jam lalu · Isu semasa
560 kes kandungan memudaratkan berjaya diselesaikan MCMC
6 jam lalu · Isu semasa
SPRM jejak dokumen pelaburan KWAP di tiga negara
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
7 jam lalu
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok