14 Ketua Cabang PKR gesa UMNO hentikan bangkitkan isu titah adendum

July 21, 2025 · Politik

Isu titah adendum melibatkan Najib Razak tidak wajar dipolemikkan oleh UMNO dan orang ramai kerana proses mahkamah masih sedang berjalan ketika ini, gesa pemimpin akar umbi PKR di Pahang.

Dalam satu kenyataan bersama, 14 Ketua Cabang PKR di Pahang berkata semua pihak agar akur dan menjunjung titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertarikh 28 Februari 2025 agar menghentikan perbahasan tentang isu ia kerana ia telah dibawa ke mahkamah.

”Kami menegaskan sebarang usaha untuk membicarakan semula perkara ini termasuk memberikan tekanan kepada Perdana Menteri untuk mengambil tindakan bersendirian adalah satu usaha yang membelakangkan Perlembagaan negara.

”Tindakan bertentangan menunjukkan tidak menghormati proses undang-undang, tidak matang dan berbentuk campur tangan politik dalam pentadbiran mahkamah, sekaligus membelakangi titah Tuanku Sultan Pahang sendiri.

”Kami menyeru seluruh rakyat agar menjunjung titah Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Pahang yang dinyatakan di atas demi menghormati proses di mahkamah yang sedang berjalan dan seterusnya dapat memelihara keharmonian dan perpaduan di negara ini,” katanya menerusi kenyataan bersama semalam.

Katanya, sebagai rakyat, terutamanya rakyat Pahang harus menjunjung kasih dan menumpahkan taat setia kita terhadap Sultan Pahang sebagai payung pemerintah negeri.

Ujarnya, PKR memberi sokongan terhadap kenyataan Perdana Menteri bahawa beliau akan terus berpegang kepada prinsip untuk tidak akan mencampuri urusan mahkamah, namun bersedia memberikan penjelasan kepada pimpinan-pimpinan UMNO di dalam isu ini.

Terdahulu, seramai 145 Ketua UMNO Bahagian seluruh negara mendesak Anwar mengambil tanggungjawab penuh melaksanakan titah adendum bagi membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah.

Mereka menegaskan, ia sebagaimana diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-16, sekali gus tiada lagi alasan untuk melengah-lengahkan pelaksanaannya.

Pada 9 Julai lalu, media melaporkan Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak mempertikaikan kewujudan titah adendum yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Sebaliknya, AGC mempertikaikan prosedur untuk mengemukakan titah itu sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman Najib di Mahkamah Tinggi.

Najib yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022.

Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjaranya daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Berita berkaitan
Bersatu teruskan perjuangan jika ahli dan pimpinan kembali sertai UMNO: Razali
3 jam lalu· Politik
Rafizi ambil tindakan undang-undang baharu terhadap NFCorp dan pengarah: Laporan
3 jam lalu· Politik
Kerajaan perangi judi haram secara lebih agresif: PMX
6 jam lalu· Isu semasa
Ismail Sabri belum buat keputusan bertanding atau tidak dalam PRU depan: Laporan
16 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Lelongan tuala dan selipar Jamal raih RM66,000 untuk bayar saman
3 jam lalu · Politik
Guan Eng persoal kedudukan Azam Baki berhubung isu saham
3 jam lalu · Politik
Sayap Bersekutu Bersatu pula desak Hamzah dipecat
3 jam lalu · Politik
Hamzah di Sydney, dijangka tak hadir lagi mengadap Lembaga Disiplin Bersatu esok
6 jam lalu · Politik
Najib tahu akaun sendiri, guna untuk tulis cek: Saksi
24 jam lalu · Politik
Video / Foto
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
January 28, 2026
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen
January 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok