1,600 jemaah umrah Malaysia terkandas di Arab Saudi: Laporan

March 3, 2026 · Isu semasa

Kira-kira 1,600 jemaah umrah Malaysia kini terkandas di Arab Saudi susulan pembatalan dan gangguan penerbangan akibat konflik yang memuncak di Asia Barat.

Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir, berkata kebanyakan jemaah yang terjejas berada di Jeddah, Makkah dan Madinah, namun keadaan mereka dilaporkan selamat dan situasi di tiga bandar suci itu masih terkawal.

“Alhamdulillah, mereka berada dalam keadaan baik dan setakat ini tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku di Makkah, Madinah dan Jeddah,” katanya dipetik dalam rancangan Malaysia Petang Ini terbitan Bernama TV.

Gangguan itu berlaku apabila beberapa negara di Asia Barat menutup atau mengehadkan ruang udara masing-masing sebagai langkah keselamatan susulan ketegangan geopolitik yang semakin meruncing.

Langkah berkenaan memberi kesan langsung kepada operasi penerbangan komersial antarabangsa, termasuk laluan ke dan dari Arab Saudi.

Kebanyakan jemaah terbabit dijadualkan pulang ke tanah air menggunakan penerbangan Malaysia Airlines serta syarikat lain seperti Qatar Airways, Emirates dan Etihad.

Bagaimanapun, masih terdapat penerbangan terus dari Jeddah ke Kuala Lumpur melalui Saudia Airlines, selain perkhidmatan AirAsia yang beroperasi secara terhad.

“Ramai jemaah mengambil inisiatif menukar tiket kepada Saudia Airlines dan beberapa kumpulan telah berjaya pulang. Malaysia Airlines juga menyediakan penginapan kepada jemaah yang sepatutnya pulang dengan syarikat itu,” katanya.

Dalam pada itu, Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah membuka bilik operasi 24 jam bagi memantau perkembangan semasa dan menyelaras bantuan kepada rakyat Malaysia yang terjejas.

Seramai 19 pelajar Malaysia yang terkandas akibat penutupan ruang udara Jordan turut ditempatkan sementara di konsulat dan apartmen perkhidmatan sebelum dibawa pulang dengan bas khas yang disewa.

Tengku Mohd Dzaraif berkata pihaknya sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa Arab Saudi dan menilai keperluan penerbangan khas sekiranya konflik berpanjangan.

“Buat masa ini kita terus memantau situasi. Syarikat penerbangan juga sedang berusaha mencari penyelesaian untuk menyambung semula operasi seperti biasa,” katanya.

Berita berkaitan
Perangi rasuah bukan mudah, berdepan tentangan pelbagai pihak: PMX
16 jam lalu· Politik
Iran pelawa Malaysia teroka kerjasama bekalan minyak: Laporan
June 23, 2026· Isu semasa
Malaysia-Bangladesh sepakat luas kerjasama pertahanan, pendidikan
June 22, 2026· Isu semasa
Selat Hormuz ditutup lagi, harga minyak dunia melonjak: Laporan
June 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ahli NGO didakwa cuci wang hampir RM18 juta, beli banglo dan kenderaan mewah
1 jam lalu · Isu semasa
Hampir 14 juta rakyat nikmati subsidi BUDI MADANI
1 jam lalu · Isu semasa
Kos sara hidup lebih terkawal, inflasi turun empat tahun berturut-turut: Armizan
1 jam lalu · Isu semasa
Ops Lusuh tumpaskan sindiket simpan peralatan telekomunikasi curi di Sarawak
18 jam lalu · Isu semasa
Pemilik kenderaan diesel boleh mohon tambahan 100 liter bila-bila masa
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok