23 rakyat Malaysia ditahan disahkan selamat, urusan bawa pulang berjalan

October 4, 2025 · Isu semasa

Kesemua 23 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dan ditahan oleh pihak Israel disahkan berada dalam keadaan selamat.

Menteri Luar,Mohamad Hasan, memaklumkan urusan untuk membawa mereka pulang ke tanah air juga sedang berjalan dan sudah berhubung dengan rakan sejawatnya dari Jordan dan Mesir bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia itu terpelihara.

“Saya harap keluarga rakyat Malaysia yang menyertai GSF ini jangan risau sangat. Mereka dalam keadaan selamat dan usaha sedang dilakukan oleh semua pihak,” ujarnya semasa sidang media di Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) di Sepang.

Beliau turut mendedahkan kerajaan Turkiye telah bersetuju untuk membantu dalam proses pemulangan mereka.

“Kerajaan negara Turkiye akan membawa mereka balik. Ada juga pihak-pihak daripada rakyat Malaysia sendiri yang telah pun memberikan aku janji untuk bersama-sama membantu,” jelas Mohamad, sambil menambah laluan Jordan merupakan pilihan yang paling mudah untuk proses tersebut.

Mohamad juga berkongsi jaminan yang diterimanya daripada Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi, yang telah mengarahkan agensinya memberikan bantuan sepenuhnya.

“Itu jaminan beliau dan juga Turkiye juga memberi jaminan bahawa rakyat Malaysia akan dibantu sebaik mungkin. Jadi kita banyak rakan,” katanya.

Beliau menekankan hubungan diplomatik Malaysia yang baik dengan banyak negara memudahkan usaha bantuan seumpama ini.

“Ini baiknya kita sebagai sebuah negara yang bersahabat dengan banyak negara yang sedia membantu,” tambahnya.

Misi GSF yang disertai oleh lebih 500 aktivis dari 44 negara itu belayar ke Gaza sebagai simbol solidariti dan untuk menghantar bekalan penting kepada penduduk Palestin yang terjejas akibat sekatan berterusan Israel.

Berita berkaitan
Isu Adat N9 tiada kaitan dengan PRN Melaka: Mohamad Hasan
October 18, 2026· Politik
Jerebu: Malaysia pilih diplomasi, elak tegang dengan Indonesia
October 15, 2026· Isu semasa
Tangguh umrah, keselamatan jemaah jadi keutamaan: Mohamad Hasan
October 15, 2026· Isu semasa
Mohamad Hasan sahkan rakyat Malaysia di Riyadh selamat
October 14, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
RM15 juta dana kreatif dibuka 16 November: Fahmi
12 jam lalu · Isu semasa
Anugerah Seri Angkasa iktiraf sumbangan warga penyiaran: Fahmi
13 jam lalu · Isu semasa
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
18 jam lalu · Isu semasa
Kapal bawa ketamin RM785 juta milik syarikat Malaysia: Polis
19 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok