5 suspek kes Zara Qairina tertakluk bawah perlindungan Hak Kanak-Kanak: SUHAKAM

August 19, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menegaskan pentingnya perlindungan hak kanak-kanak berhubung kes membabitkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir, susulan laporan lima kanak-kanak akan didakwa dalam kes tersebut.

SUHAKAM mengingatkan semua pihak, terutama media, agar mematuhi Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) dengan Memberikan perlindungan penuh termasuk sokongan psikologi, khidmat guaman dan perbicaraan yang adil, tidak mendedahkan identiti kanak-kanak terbabit secara langsung atau tidak langsung dan menghormati privasi prosiding di Mahkamah Kanak-Kanak yang diadakan secara tertutup.

“Kami menyeru semua pihak menghindari sebarang bentuk stigma terhadap kanak-kanak terbabit,” tegas SUHAKAM dalam kenyataan rasmi.

Suruhanjaya itu turut menggesa platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok memperketat pemantauan kandungan untuk mengenal pasti dan membuang maklumat yang melanggar Akta 611 secara proaktif.

“Tindakan lepas ambil kandungan hanya setelah aduan diterima boleh membiarkan maklumat terlarang tersebar luas, sekaligus mengancam keselamatan kanak-kanak,” jelas SUHAKAM.

SUHAKAM menekankan pentingnya menyeimbangkan proses keadilan dengan perlindungan hak asasi kanak-kanak, sambil mengingatkan bahawa perbuatan membuli sama ada secara fizikal atau siber tidak boleh diterima dalam masyarakat.

“Kita perlu pastikan keadilan dilaksanakan mengikut prinsip hak kanak-kanak dan kedaulatan undang-undang,” tegas kenyataan tersebut.

Pendedahan identiti kanak-kanak boleh dikenakan hukuman denda RM10,000 atau penjara lima tahun, atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 15 Akta 611.

Berita berkaitan
SPRM buka semula tujuh kes FELDA, ada maklumat baharu
September 2, 2026· Isu semasa
Rayuan Rosmah terhadap kes solar bermula minggu ini
August 31, 2026· Politik
Kes Saravanan: Anwar serah kepada SPRM, pihak berkuasa untuk teliti
August 28, 2026· Politik
Bekas menteri dijangka didakwa rasuah esok, identiti belum didedahkan: Laporan
August 27, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Baja lambat sampai, Anwar arah SPRM siasat
2 jam lalu · Isu semasa
Mufti Wilayah ingatkan bahaya istilah ‘menunggang agama’
2 jam lalu · Isu semasa
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
September 5, 2026 · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
September 4, 2026 · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
September 4, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok