603 kesalahan direkod SPR sepanjang kempen PRN Sabah: Laporan

November 29, 2025 · Politik

Sejumlah 603 kesalahan pilihan raya direkodkan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ramlan Harun.

Beliau berkata, 81 daripada keseluruhan kes itu membabitkan laporan polis, manakala lima lagi adalah laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan perkara itu kini di bawah tindakan agensi terbabit.

“Tindakan di bawah SPR pula membabitkan kesalahan kecil seperti pemasangan bahan kempen yang tidak mengikut peraturan ditetapkan.

“Perkara itu sudah diambil tindakan, termasuk menurunkan poster yang tidak sesuai,” katanya,” katanya selepas melawat pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Kawang di Papar hari ini.

Ramlan berkata, SPR juga menekankan ketelusan proses pengiraan undi dengan memastikan setiap ejen parti berada di setiap meja pengiraan.

“Kita akan pastikan setiap ejen hadir sehingga selesai pengiraan dan akhirnya kita akan meminta persetujuan ejen bahawa proses itu berjalan lancar. Selagi ejen tidak menandatangani, kita tidak akan menganggap keputusan itu sebagai muktamad,” katanya.- Bernama

Berita berkaitan
Padan muka MCA hanya diberi dua kerusi di Melaka: PKR
5 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Adam Adli yakin calon baharu PKR mampu buat kejutan
13 jam lalu· Politik
Aziz Bari: PAS parti politik, bukan agama
13 jam lalu· Politik
Zahid beri jaminan, kemelut calon MCA akan diselesaikan
13 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Bersatu bimbang mesyuarat khas MT PN berdepan risiko undang-undang
8 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PKR tawar 30 peratus calon wanita
14 jam lalu · Politik
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
October 24, 2026 · Politik
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
October 24, 2026 · Politik
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
October 24, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok