PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama

October 24, 2026 · Politik

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi menggesa jentera dan penyokong gabungan itu menerima rakan politik baharu serta memberikan sokongan penuh kepada calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau berkata, kerjasama politik memerlukan sokongan dua hala bagi memastikan setiap parti yang terlibat dapat membantu antara satu sama lain meraih kemenangan.

“Dahulu, kita alah melihat warna hijau. Mereka juga alah melihat warna biru. Mulai malam ini, jangan lagi alah. Hijau sudah menerima biru. Biru mesti menerima hijau,” katanya ketika melancarkan jentera pilihan raya BN di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), malam ini.

Zahid berkata, penyokong BN perlu membantu calon rakan gabungan di kawasan yang ditandingi mereka, sebagaimana penyokong parti berkenaan akan memberikan sokongan kepada calon BN.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kerjasama itu tidak bermakna BN perlu mengorbankan prinsip atau identiti parti komponennya.

“UMNO tidak akan sesekali berkompromi dengan prinsip yang kita bina bersama,” katanya.

Beliau turut menegaskan MCA, MIC, PBRS, PPP dan Friends of BN akan terus menjadi tonggak penting dalam gabungan itu.

Pada PRN Melaka kali ini, BN akan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), dengan BN bertanding di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala tujuh kerusi diperuntukkan kepada PN.

Zahid turut mengingatkan jentera parti supaya tidak terlalu yakin dengan kekuatan gabungan politik semata-mata, sebaliknya perlu bekerja keras mendapatkan sokongan pengundi.

“Jangan leka dengan beranggapan dengan mencampurkan A dan B, kita boleh menang dengan mudah. Itu tidak menjamin kemenangan,” katanya.

Beliau berkata, kekalahan BN sebelum ini berpunca daripada kelemahan dalaman parti dan bukannya semata-mata disebabkan kekuatan pihak lawan.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran perpecahan dalam jentera parti hanya akan membuka ruang kepada pesaing untuk meraih kelebihan.

Zahid turut mengingatkan mereka yang tidak dipilih sebagai calon supaya terus memberikan komitmen bagi memastikan kemenangan BN.

Pada masa sama, calon yang dipilih diminta tidak bersikap sombong atau hanya menjaga kelompok penyokong sendiri sehingga menjejaskan perpaduan jentera.

“Jangan hanya menjaga kumpulan sendiri. Jangan membentuk pasukan atau jentera sendiri sehingga memecah-belahkan jentera parti,” katanya.

Pada PRN Melaka 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN, manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh lima kerusi dan PN memenangi dua kerusi.

Pembahagian kerusi kali ini menyaksikan BN mengekalkan 21 kerusi, dengan tujuh kerusi diberikan kepada PN sebagai sebahagian daripada persefahaman politik menjelang pilihan raya negeri itu.

Berita berkaitan
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
October 24, 2026· Politik
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
October 24, 2026· Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
October 24, 2026· Politik
Pemimpin MCA keluar majlis pengumuman calon, bantah agihan kerusi di Melaka: Laporan
October 24, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Zahid: PN hanya dapat tujuh kerusi, tak layan tuntutan lebih-lebih
6 jam lalu · Politik
Saifuddin bidas pembangkang sesama sendiri pun berpecah
6 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Zahid jamin Ab Rauf kekal Ketua Menteri jika BN menang
10 jam lalu · Politik
Agihan kerusi Melaka: Khalid Samad sifatkan PAS jadi ‘macai’ BN
11 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN
October 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok