BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding

October 24, 2026 · Politik

Barisan Nasional (BN) mengumumkan 21 calon bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November ini, dengan lapan muka baharu dan 13 calon lama.

Pengerusi BN Melaka, Ab Rauf Yusoh mengumumkan senarai itu pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon BN di MITC, Ayer Keroh, malam tadi.

Antara perhatian utama ialah Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang kekal bertanding di DUN Merlimau, manakala Mohd Noor Helmy Abdul Halem terus dipilih di DUN Duyong.

Keputusan itu menamatkan spekulasi mengenai kemungkinan Akmal berpindah ke kerusi lain, termasuk Serkam atau Sungai Rambai.

Ab Rauf turut mempertahankan kerusi Tanjung Bidara, manakala Khaidhirah Abu Zahar atau Dira Abu Zahar kekal di DUN Rim.

Lapan calon baharu BN ialah Abdul Hakim Abdul Wahid (Lendu), Ahmad Norazril Abd Aziz (Rembia), S Nadarajah (Gadek), Mustafa Musa (Durian Tunggal), Siti Aisyah Mahmood (Pengkalan Batu), Ridhwan Ali (Ayer Molek), Azman Abdullah (Serkam) dan Jezlee Pit (Sungai Rambai).

Penamaan calon PRN Melaka ditetapkan pada 31 Oktober, manakala pengundian awal berlangsung pada 10 November.

Berita berkaitan
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
October 24, 2026· Politik
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
October 24, 2026· Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
October 24, 2026· Politik
Pemimpin MCA keluar majlis pengumuman calon, bantah agihan kerusi di Melaka: Laporan
October 24, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Zahid: PN hanya dapat tujuh kerusi, tak layan tuntutan lebih-lebih
6 jam lalu · Politik
Saifuddin bidas pembangkang sesama sendiri pun berpecah
6 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Zahid jamin Ab Rauf kekal Ketua Menteri jika BN menang
10 jam lalu · Politik
Agihan kerusi Melaka: Khalid Samad sifatkan PAS jadi ‘macai’ BN
11 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN
October 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok