Ini adalah pemilihan adik-beradik, jangan pupuk kebencian: Fahmi

May 15, 2025 · Politik

Semua yang bertanding dalam pemilihan PKR kali ini dinasihati agar tidak berlebihan dalam mengkritik pesaing mereka, gesa Fahmi Fadzil.

Ketua Penerangan PKR itu berkata pemilihan kali ini umpama pertandingan adik-beradik dan ia tidak akan memecah-belahkan parti tersebut yang sudah berdepan pelbagai ranjau sejak penubuhannya.

“Sebagai sebuah parti yang lahir di jalanan, PKR sebuah parti yang umpama direbus tak masak, dibakar tak hangus… itulah semangat kita. Namun begitu, saya nak ingatkan pada semua janganlah sampai memupuk rasa benci pada rakan calon yang lain sepanjang berkempen kerana kita akan saling memerlukan selepas ini,” katanya.

Fahmi, yang juga calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) berucap semasa Program Temu Rapat Akar Umbi bersama Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar malam tadi.

Majlis itu, yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 di sini, turut dihadiri calon Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden PKR iaitu Menteri Besar Selangor Amirudin Shari yang mempertahankan jawatan itu serta beberapa calon lain bagi jawatan MPP selain calon Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi, turut menyifatkan pemilihan parti sebagai pertandingan adik-beradik.

“Pemilihan ini adalah pemilihan adik-beradik, kita nakkan selepas 24 Mei, tidak kira siapa menang atau siapa kalah, kita harus kembali mengumpul seluruh kekuatan untuk berdepan Pilihan Raya Umum.

“Saya percaya kita tak nak serabutkan pemikiran Presiden iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau sedang bekerja keras untuk negara dan beliau merupakan the right man at the right place and the right time untuk kita semua dan negara,” katanya.

Fahmi, yang mengisytiharkan sokongan terbuka kepada Nurul Izzah pada majlis itu, turut berkongsi bahawa Perdana Menteri telah memberi jaminan tidak akan berlaku perubahan dalam kepimpinan kerajaan selepas pemilihan PKR berakhir.

Pemilihan kepimpinan pusat pada 23 Mei ini, yang bermula dari 8 pagi hingga 5 petang, akan dijalankan menerusi dua kaedah iaitu secara pengundian fizikal oleh perwakilan Kongres Pusat, Kongres AMK Pusat serta Wanita Pusat, masing-masing di Berjaya Waterfront Hotel dan Pusat Konvensyen Danga Bay di Johor Bahru, Johor.

Bagi Sabah dan Sarawak, pengundian fizikal akan berlangsung di Pusat Teknologi dan Komersial Antarabangsa (ITCC) di Penampang serta Pusat Konvensyen Penview di Kuching manakala perwakilan biasa dan perwakilan tambahan bagi Kongres Pusat, AMK Pusat serta Wanita Pusat tidak perlu hadir secara fizikal kerana pengundian dilakukan secara dalam talian pada tarikh dan masa yang sama menerusi aplikasi ADIL.

Kongres Nasional PKR termasuk Kongres AMK dan Kongres Wanita dijadualkan berlangsung dari 22 hingga 24 Mei ini di Johor Bahru.- Bernama

Berita berkaitan
Pelaburan RM2 bilion perkasa usahawan bumiputera: Anwar
6 jam lalu· Isu semasa
Keperluan bahan api dalam negara diutamakan sebelum bekal kepada Australia: PMX
15 jam lalu· Isu semasa
Malaysia hargai sokongan Australia mengenai Gaza: PMX
16 jam lalu· Isu semasa
MCMC ambil tindakan pantas tangani berita palsu krisis tenaga: Fahmi
16 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
6 jam lalu · Politik
Runding kerusi parti komponen PH mesti ikut saluran rasmi: Saifuddin Nasution
6 jam lalu · Politik
Ketua Bersatu Pahang ditamatkan khidmat, didakwa sokong Hamzah
16 jam lalu · Politik
Ganti Ketua Pembangkang baharu perlu perbincangan menyeluruh: Hadi
16 jam lalu · Politik
Isu PRN Melaka: MP DAP dan Akmal bertikam lidah
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok