Guan Eng gesa UMNO setia dalam kerajaan Negeri Sembilan

May 7, 2026 · Politik

Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa UMNO supaya menghentikan tindakan yang boleh menggugat kestabilan politik di Negeri Sembilan dan kembali menyokong kepimpinan Menteri Besar Aminuddin Harun.

Guan Eng menegaskan UMNO tidak sepatutnya bertindak sebagai “gunting dalam lipatan” dengan menentang rakan sendiri dalam kerajaan Perpaduan, khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

“Saya tetap berpegang bahawa UMNO tidak harus menjadi gunting dalam lipatan.

“Mereka perlu kembali ke pangkal jalan dengan menyokong Menteri Besar dan kerajaan perpaduan serta bertanding bersama PH, bukannya bergerak solo menentang calon PH,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan itu hadir susulan ketegangan antara pemimpin DAP dan UMNO, termasuk kritikan daripada Naib Presidennya, Wan Rosdy Wan Ismail, yang sebelum ini menuduh Guan Eng mengeruhkan keadaan politik.

Mengulas perkara itu, Guan Eng membalas dengan mendakwa kemelut di Negeri Sembilan berpunca daripada tindakan UMNO sendiri yang didakwa cuba menjatuhkan kerajaan negeri dengan sokongan Perikatan Nasional (PN).

“Jangan pura-pura jadi mangsa apabila UMNO sendiri menjadi punca kemelut ini melalui komplot merampas kuasa,” tegasnya.

Menurut Guan Eng, usaha melibatkan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang didakwa menarik sokongan terhadap Menteri Besar boleh menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri jika tidak dihentikan segera.

Beliau turut mengingatkan situasi itu bukan sahaja menjejaskan Negeri Sembilan, malah boleh memberi kesan besar kepada kestabilan kerajaan Perpaduan di peringkat nasional.

“Sekiranya usaha ini berjaya, kerajaan negeri akan tumbang di bawah Perlembagaan. Sudah tiba masanya UMNO menunjukkan kesetiaan dan bukan menikam dari belakang,” katanya lagi.

Guan Eng sebelum ini turut menggesa pengundi menilai semula sokongan terhadap UMNO dan BN, dengan alasan tindakan di Negeri Sembilan menunjukkan kecenderungan mengutamakan kepentingan politik berbanding kestabilan negara.

Berita berkaitan
Akmal tempelak DAPSY desak bubar Parlimen bagi buat PRU awal
May 28, 2026· Politik
Tun Faisal nafi Bersatu mahu sertai PH, bidas pihak cuba kaitkan Azmin
May 28, 2026· Politik
DAPSY desak PRU diadakan serentak jika UMNO Johor bergerak solo
May 28, 2026· Politik
DNAA: Zahid mohon halang cabaran Badan Peguam ke Mahkamah Persekutuan
May 26, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rakyat sudah nilai prestasi Rafizi yang tidak menyakinkan: AMK
16 jam lalu · Politik
Rafizi bebas pilih haluan politik sendiri: Akmal Nasrullah
16 jam lalu · Politik
Azmin nafi Bersatu akan kembali bersama PH
May 29, 2026 · Politik
Hamzah nak letak jawatan pun takut… Kini nak umum parti baharu pula?
May 29, 2026 · Politik
Radzi bidas fitnah disebar dakwa Bersatu akan bersama PH
May 28, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok