Bekas ADUN DAP cadang penternak babi Selangor cabar larangan di mahkamah

5 jam lalu · Politik

Bekas pemimpin DAP Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew mencadangkan penternak babi di Selangor memfailkan semakan kehakiman susulan larangan terhadap aktiviti penternakan babi di negeri itu yang diumumkan baru-baru ini.

Menurut bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, langkah membawa isu tersebut ke mahkamah perlu dipertimbangkan bagi mendapatkan tafsiran jelas berhubung hak penternak di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Kami percaya hak penternak dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan. Biar mahkamah yang menentukan kedudukan sebenar perkara ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Liu berkata, walaupun Sultan Selangor mempunyai kuasa penting dalam sistem Raja Berperlembagaan, titah diraja tetap tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.

“Prinsip utama dalam sistem negara ialah Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi, bukannya mana-mana individu atau institusi,” katanya.

Beliau turut menjelaskan pentadbiran negeri dijalankan oleh kerajaan negeri menerusi Menteri Besar dan barisan Exco, manakala Sultan bertindak mengikut peruntukan Perlembagaan Negeri Selangor dan Perlembagaan Persekutuan.

Isu penternakan babi di Selangor kembali menjadi perhatian selepas kenyataan tegas pihak istana yang menolak aktiviti itu diteruskan di negeri berkenaan.

Kontroversi tersebut turut mencetuskan perdebatan melibatkan sensitiviti agama, kepentingan ekonomi serta hak penternak yang bergantung kepada industri berkenaan sejak sekian lama.

Liu mendakwa ramai penternak kini berada dalam keadaan keliru dan buntu berhubung masa depan operasi mereka.

“Mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan selepas kenyataan ‘full stop’ itu dikeluarkan,” katanya lagi.

Liu turut menyifatkan situasi berkenaan sebagai ujian kepada kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan DAP di peringkat negeri serta Persekutuan.

Menurutnya, ramai penternak berharap kerajaan yang mereka sokong sebelum ini tidak akan mengabaikan nasib mereka dalam isu tersebut.

Liu turut mendakwa keputusan akhir berkaitan kontroversi itu bukan sahaja memberi kesan politik kepada kerajaan, malah boleh menjejaskan imej Selangor dan Malaysia di mata masyarakat antarabangsa.

Berita berkaitan
Fahmi menghadap Sultan Selangor sembah isu akaun palsu kerabat diraja
May 8, 2026· Isu semasa
Pemuda Amanah Negeri Sembilan kekal bantah kerjasama dengan UMNO
5 jam lalu· Politik
Akmal tegur DAP supaya hormati titah Sultan Selangor berhubung isu babi
9 jam lalu· Politik
DUN Johor lulus pindaan lima wakil rakyat lantikan
May 7, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Bersatu pecat dua ADUN di Kedah, gantung tiga Ahli Parlimen
May 8, 2026 · Politik
Polis siasat kandungan media sosial sentuh 3R berkait krisis Negeri Sembilan
2 jam lalu · Politik
Shamsul Iskandar rayu kes rasuah dipindah ke Mahkamah Tinggi
5 jam lalu · Politik
Sanusi pelawa akar umbi UMNO bersama PAS, tolak UMDAP
9 jam lalu · Politik
Johor jadi tuan rumah Konvensyen PH pada 17 Mei, PMX sampaikan amanat khas
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok