Akmal mahu subsidi petrol wakil rakyat, bos GLC dipotong dulu

May 12, 2026 · Isu semasa

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan supaya tidak mengambil pendekatan “pukul rata” dalam pelaksanaan rasionalisasi subsidi petrol RON95 sehingga memberi kesan kepada rakyat berpendapatan rendah.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu, subsidi sepatutnya dikekalkan untuk golongan yang benar-benar memerlukan, manakala kumpulan berpendapatan tinggi termasuk wakil rakyat dan ketua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) perlu menjadi pihak pertama yang dipotong subsidi.

“Kerajaan jangan kurangkan subsidi untuk rakyat yang memerlukan, tetapi tambah subsidi kepada mereka dan ambil daripada golongan yang tidak memerlukan seperti mereka yang bergaji berbelas ribu,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Beliau berkata, walaupun golongan bergaji tinggi turut membayar cukai, kesan subsidi petrol RM400 sebulan jauh lebih besar kepada individu yang hanya memperoleh pendapatan sekitar RM1,700 sebulan.

“Jika golongan bergaji besar merasakan mereka penyumbang cukai terbesar, mereka juga perlu ingat tanpa pekerja bergaji rendah yang membantu operasi syarikat, belum tentu mereka mampu memperoleh gaji sebesar itu,” katanya.

Akmal turut mencadangkan supaya subsidi petrol ditarik terlebih dahulu daripada semua wakil rakyat dan ketua GLC serta GLIC kerana mereka sudah menikmati elaun kenderaan yang tinggi.

Kenyataan itu dibuat susulan laporan bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan kuota petrol RON95 bersubsidi di bawah program BUDI95 kepada 150 liter sebulan.

Sebelum ini, had subsidi telah diturunkan daripada 300 liter kepada 200 liter bermula Mac lalu sebagai sebahagian langkah penyasaran subsidi bahan api.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong dilaporkan berkata, data penggunaan semasa menunjukkan majoriti rakyat Malaysia menggunakan petrol di bawah had yang dicadangkan.

“Sebanyak 80 peratus rakyat Malaysia menggunakan kurang daripada 200 liter sebulan, manakala sekitar 60 peratus menggunakan kurang daripada 150 liter,” katanya.

Program penyasaran subsidi RON95 menjadi antara agenda utama kerajaan dalam usaha mengurangkan ketirisan subsidi dan mengawal beban fiskal negara, namun cadangan itu terus mencetuskan perdebatan terutama melibatkan kos sara hidup rakyat.

Berita berkaitan
Kabinet tak bincang pengurangan subsidi BUDI95
6 jam lalu· Isu semasa
DAPSY kritik Akmal ‘lalat buta’ berhubung isu subsidi petrol
13 jam lalu· Politik
Kerajaan pertimbang had baharu subsidi RON95: Chin Tong
May 12, 2026· Isu semasa
Bersatu ambil tindakan ke atas empat lagi wakil rakyat
May 11, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Wanita di Miri rugi hampir RM289,000 ditipu pelaburan saham palsu
5 jam lalu · Isu semasa
RTM, Unifi TV siar semua aksi Piala Dunia 2026
5 jam lalu · Isu semasa
Ringgit terus mengukuh menjelang pengumuman KDNK pada Jumaat
13 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan beri kerakyatan kepada warga China hanya fitnah: Saifuddin
13 jam lalu · Isu semasa
Jho Low dilapor mohon pengampunan Trump
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok