Wanita di Miri rugi hampir RM289,000 ditipu pelaburan saham palsu

May 13, 2026 · Isu semasa

Seorang wanita tempatan kerugian hampir RM289,000 selepas menjadi mangsa sindiket pelaburan saham palsu yang dipercayai menggunakan platform dalam talian dikenali sebagai ‘Aetherbridge Capital’ atau ‘AB Limited’.

Ketua Polis Daerah Miri Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, laporan berhubung kejadian itu diterima Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Miri pada 12 Mei lalu.

Menurutnya, mangsa yang berusia awal 30-an berkenalan dengan seorang individu dikenali sebagai “Chloe” menerusi aplikasi Xiaohongshu sekitar tahun lalu sebelum diperkenalkan dengan skim pelaburan berkenaan.

“Mangsa kemudian dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp berkaitan pelaburan itu dan diarahkan memuat turun aplikasi ‘AB Limited’ melalui Apple App Store,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, suspek meyakinkan mangsa pelaburan tersebut sah apabila aplikasi itu memaparkan maklumat saham yang menyerupai platform dagangan sebenar selain menunjukkan keuntungan selepas transaksi dilakukan.

Tertarik dengan keuntungan yang dipaparkan, mangsa melakukan 22 transaksi pindahan wang ke beberapa akaun syarikat berbeza dengan jumlah keseluruhan RM288,761.

Bagaimanapun, apabila mangsa cuba mengeluarkan keuntungan, dia diminta terus membeli saham kononnya bagi meningkatkan pulangan pelaburan. Keadaan itu menyebabkan pengeluaran wang tidak dapat dilakukan.

“Pada 12 Mei lalu, mangsa sekali lagi cuba membuat pengeluaran namun gagal sebelum diminta membayar penalti RM80,000 bagi membolehkan wang dikeluarkan,” katanya.

Mangsa kemudian menyedari dirinya ditipu selepas gagal mendapatkan semula modal dan keuntungan yang dijanjikan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Penipuan pelaburan dalam talian kini antara jenayah siber paling kerap dilaporkan di negara ini, terutama menerusi media sosial dan aplikasi sembang yang menawarkan keuntungan lumayan dalam tempoh singkat.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya membuat semakan terlebih dahulu dengan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebelum menyertai mana-mana pelaburan.

Mangsa penipuan siber yang baru membuat transaksi juga disaran segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 bagi tindakan segera membekukan akaun terlibat.

Berita berkaitan
PMX arah isu e-dagang ditangani segera
19 jam lalu· Isu semasa
MCMC menang tuntutan RM15.32 juta terhadap MajuBina
21 jam lalu· Isu semasa
Kempen Internet Selamat fokus penguatkuasaan keselamatan digital: Fahmi
October 29, 2026· Isu semasa
Shuhaily kembali ke PDRM, jawatan Ketua Pengarah AKPS kosong: Saifuddin Nasution
October 29, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Dana Inovasi Media 2.0 diteruskan, lima skop pembiayaan ditawar: Fahmi
20 jam lalu · Isu semasa
PRN Melaka: SPRM buka bilik gerakan 24 jam, orang ramai boleh buat aduan
20 jam lalu · Isu semasa
MAPIM gesa tindakan tegas terhadap kempen kebencian susulan serangan di Kulai
21 jam lalu · Isu semasa
Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2027, perbahasan masuk fasa kedua
October 30, 2026 · Isu semasa
Industri kreatif sumbang RM130.7 bilion kepada ekonomi negara
October 29, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok