Permohonan pengampunan Jho Low di Amerika akan diteliti kerajaan

May 13, 2026 · Politik

Kerajaan dijangka membincangkan dakwaan bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, memohon pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dalam mesyuarat Kabinet minggu depan.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, perkara itu hanya disentuh secara ringkas dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan belum dibincangkan secara rasmi.

“Sudah pasti perkara ini akan dibawa ke perhatian Jemaah Menteri pada minggu hadapan,” katanya pada sidang media mingguan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media antarabangsa yang mendakwa Jho Low telah memfailkan permohonan pengampunan kepada Trump, sekali gus mencetuskan persoalan sama ada Malaysia akan mengemukakan bantahan rasmi kepada pihak berkuasa AS.

Menurut Fahmi, kerajaan setakat ini belum membincangkan sama ada Malaysia menerima sebarang makluman rasmi daripada pihak berkuasa AS mengenai permohonan tersebut.

“Saya ingin meminta pihak media supaya merujuk perkara ini kepada Menteri Dalam Negeri atau Menteri Luar,” katanya lagi.

Laporan media antarabangsa sebelum ini menyebut laman web Jabatan Kehakiman AS menyenaraikan satu permohonan atas nama Taek Jho Low yang masih berstatus “pending” atau belum diputuskan di bawah kategori pengampunan selepas selesai menjalani hukuman.

Sekiranya permohonan itu diluluskan, pertuduhan jenayah yang dihadapinya di AS berkemungkinan digugurkan.

Jho Low menjadi buruan antarabangsa selepas didakwa menjadi dalang utama skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang dianggap antara penipuan kewangan terbesar dunia.

Pada 2018, pihak berkuasa AS mendakwa kira-kira AS$4.5 bilion dana 1MDB diseleweng melalui rangkaian transaksi haram melibatkan beberapa negara.

Sehingga kini, lokasi sebenar Jho Low masih tidak diketahui walaupun pelbagai usaha pengesanan dilakukan pihak berkuasa antarabangsa dan Malaysia.

Berita berkaitan
RTM, Unifi TV siar semua aksi Piala Dunia 2026
May 13, 2026· Isu semasa
Isu hina sahabat Nabi, Menteri Agama nasihat ahli politik berhati-hati dalam ceramah
May 13, 2026· Politik
Kabinet tak bincang pengurangan subsidi BUDI95
May 13, 2026· Isu semasa
Kabinet kecam kenyataan Nik Zawawi hina sahabat Nabi: Fahmi
May 13, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi, Nik Nazmi umum langkah politik baharu Ahad ini, tinggalkan PKR?
May 13, 2026 · Politik
Sanusi masih kekalkan dua ADUN Bersatu dipecat dalam kerajaan negeri
May 13, 2026 · Politik
PRN, PRU serentak lebih jimat wang rakyat: AMK Johor
7 jam lalu · Politik
Akta Lompat Parti perlu diambil kira sebelum terima bekas pemimpin Bersatu
8 jam lalu · Politik
DAPSY kritik Akmal ‘lalat buta’ berhubung isu subsidi petrol
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok