Keputusan kes Zahid ditangguh Jun ini

May 14, 2026 · Politik

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menangguhkan keputusan permohonan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan pembebasan penuh daripada 47 pertuduhan membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Peguamnya, Hamidi Noh, berkata Timbalan Pendaftar Zaridah Abdul Jaapar menetapkan 8 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

“Saya telah memberi taklimat kepadanya mengenai keputusan Mahkamah Rayuan minggu lalu sebelum tarikh mahkamah seterusnya ditetapkan,” katanya dipetik laporan media.

Sebelum ini, Hakim Nurulhuda Nur’aini Nor dijangka menyampaikan keputusan terhadap permohonan Zahid bagi dilepas dan dibebaskan sepenuhnya daripada semua pertuduhan rasuah, pengubahan wang haram dan pecah amanah yang dihadapinya.

Kes itu menjadi perhatian sejak September 2023 apabila Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk melepas tanpa membebaskan Zahid daripada kesemua 47 pertuduhan.

Permohonan tersebut dibuat oleh Peguam Negara bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneruskan siasatan lanjut terhadap kes berkenaan.

Bagaimanapun, keputusan itu mencetuskan kontroversi apabila Majlis Peguam memfailkan semakan kehakiman dengan alasan tindakan tersebut tidak rasional serta tidak munasabah.

Permohonan itu pada mulanya ditolak Mahkamah Tinggi pada Jun tahun lalu.

Pada 7 Mei lalu, Badan Peguam berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan selepas panel hakim memutuskan semakan kehakiman berhubung keputusan melepas tanpa membebaskan Zahid perlu didengar berdasarkan merit.

Sementara itu, pada Januari lalu, Zahid memfailkan permohonan baharu untuk mendapatkan pembebasan penuh selepas Peguam Negara memaklumkan kes tersebut diklasifikasikan sebagai “NFA” atau tiada tindakan lanjut.

Keputusan itu dibuat selepas SPRM dilaporkan mendapati tiada bukti mencukupi untuk meneruskan pendakwaan.

Peguam Negara kini mempunyai tempoh 30 hari bermula 7 Mei untuk memohon kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan.

Jika permohonan itu tidak diteruskan atau ditolak, prosiding semakan kehakiman akan kembali didengar di Mahkamah Tinggi.

Berita berkaitan
Lebih 10 wakil rakyat pembangkang berminat sertai ‘Rumah Bangsa’ UMNO
May 14, 2026· Politik
Saksi SPRM beritahu siasatan awal tidak cukup bukti dakwa Guan Eng
2 jam lalu· Politik
Bekas pemimpin Bersatu dipelawa sertai semula UMNO: Wan Rosdy
6 jam lalu· Politik
Najib dapat tangguh bayar ganti rugi SRC
9 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi bayang pengumuman politik besar Ahad ini
May 14, 2026 · Politik
PRU-16 awal? Kerajaan fokus bantu rakyat terlebih dahulu: Fahmi
1 jam lalu · Politik
Rafizi serah bukti tambahan kepada SPRM
6 jam lalu · Politik
Mahfuz persoal keikhlasan permohonan maaf Nik Zawawi
9 jam lalu · Politik
Rafizi, Nik Nazmi umum langkah politik baharu Ahad ini, tinggalkan PKR?
24 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok