Lebih 10 wakil rakyat pembangkang berminat sertai ‘Rumah Bangsa’ UMNO

May 14, 2026 · Politik

Lebih 10 Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada blok pembangkang dilaporkan menunjukkan minat untuk menyertai semula UMNO menerusi inisiatif Rumah Bangsa yang diperkenalkan parti itu.

Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki berkata kebanyakan mereka merupakan wakil rakyat yang pernah menentang Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalam pilihan raya sebelum ini.

“Mereka yang berstatus ahli Parlimen dan ADUN amat berminat untuk menyertai kembali Rumah Bangsa. Mereka ini daripada pembangkang dan pernah bertanding melawan BN dahulu,” katanya dipetik laporan mediao selepas menghadiri sesi libat urus Rang Undang-Undang MARA 2026 di Kuala Lumpur.

Menurut beliau, hasrat tersebut bagaimanapun tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat berikutan kekangan di bawah Akta Anti Lompat Parti yang masih berkuat kuasa.

“Kita ada sedikit halangan kerana mereka memegang jawatan sebagai ahli Parlimen dan ADUN. Akta Anti Lompat Parti menjadi kekangan, tetapi minat mereka untuk bersama Rumah Bangsa memang sangat tinggi,” katanya.

Asyraf berkata, beberapa siri pertemuan turut diadakan bersama Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa yang dipengerusikan oleh Mohamed Khaled Nordin bagi meneliti maklum balas serta permohonan yang diterima.

Inisiatif Rumah Bangsa diperkenalkan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sebagai platform penyatuan semula orang Melayu serta membuka ruang kepada bekas ahli untuk kembali menyertai parti tersebut.

Langkah itu dilihat sebagai usaha UMNO memperkukuh kembali sokongan akar umbi selepas prestasi parti berdepan cabaran dalam beberapa pilihan raya kebelakangan ini, termasuk Pilihan Raya Umum ke-15.

Setakat ini, UMNO dilaporkan menerima lebih 10,000 permohonan menerusi inisiatif Rumah Bangsa sejak ia diperkenalkan.

Berita berkaitan
Keputusan kes Zahid ditangguh Jun ini
May 14, 2026· Politik
Bekas pemimpin Bersatu dipelawa sertai semula UMNO: Wan Rosdy
6 jam lalu· Politik
Sanusi masih kekalkan dua ADUN Bersatu dipecat dalam kerajaan negeri
24 jam lalu· Politik
PRN, PRU serentak lebih jimat wang rakyat: AMK Johor
May 13, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi bayang pengumuman politik besar Ahad ini
May 14, 2026 · Politik
PRU-16 awal? Kerajaan fokus bantu rakyat terlebih dahulu: Fahmi
1 jam lalu · Politik
Saksi SPRM beritahu siasatan awal tidak cukup bukti dakwa Guan Eng
2 jam lalu · Politik
Rafizi serah bukti tambahan kepada SPRM
6 jam lalu · Politik
Najib dapat tangguh bayar ganti rugi SRC
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok