BN boleh uji kekuatan bertanding solo pada PRN Johor: Khairy

2 jam lalu · Politik

Bekas ketua pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berpandangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor wajar dijadikan medan terbaik untuk Barisan Nasional (BN) mengukur kekuatan sebenar parti dengan bertanding secara solo.

Menurut beliau, langkah itu penting memandangkan Pilihan Raya Umum (PRU) dijangka berlangsung dalam tempoh lebih setahun lagi dan UMNO perlu mengetahui tahap sokongan rakyat terhadap parti tersebut tanpa bergantung kepada kerjasama politik lain.

“Pada pandangan saya, kita uji kekuatan sebenar BN dan UMNO dengan bertanding secara solo di PRN Johor. Kita lihat sejauh mana kekuatan parti. Soal kerjasama untuk PRU boleh dibincangkan kemudian,” katanya ketika berucap pada Majlis Kesyukuran Sempena Ulang Tahun UMNO Ke-80 anjuran UMNO Ketereh di Kota Bharu hari ini.

Khairy berkata, Johor berbeza dengan beberapa negeri lain kerana kerajaan negeri ketika ini diterajui BN dan bukannya Kerajaan Perpaduan.

Justeru, beliau melihat PRN itu sebagai peluang terbaik untuk mempertahankan kerajaan sedia ada sambil menilai pengaruh sebenar UMNO di negeri tersebut.

“Jika keputusan PRN Johor cantik, kita boleh bawa momentum itu ke PRN Melaka dan negeri-negeri lain selepas ini,” katanya lagi.

Beliau juga mengingatkan ahli UMNO supaya terus mengekalkan hubungan baik dengan semua parti politik walaupun bersaing dalam pilihan raya.

“Kelebihan UMNO adalah kita boleh bercakap dengan semua pihak. Cari kawan, jangan cari musuh,” ujarnya.

Spekulasi mengenai PRN Johor semakin hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini susulan tempoh pentadbiran Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal berakhir tidak lama lagi.

Sebelum ini, Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata sebarang keputusan mengenai pembubaran DUN Johor dan tarikh pilihan raya perlu mendapat perkenan Sultan Ibrahim serta Tunku Mahkota Ismail.

Beliau turut memaklumkan perkara itu akan dibincangkan bersama Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

Berita berkaitan
Amanat Anwar jadi fokus Konvensyen PH di Johor esok
May 16, 2026· Politik
MB Johor umum BN bertanding semua kerusi DUN Johor
2 jam lalu· Politik
Rafizi pilih haluan baharu, Saifuddin Nasution ucap “selamat maju jaya”
May 15, 2026· Politik
Azmin terajui jentera pilihan raya Bersatu
May 15, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Tiada pengampunan untuk Jho Low: PMX
May 16, 2026 · Politik
Samsuri dilantik Ketua Pembangkang baharu, ganti Hamzah yang dipecat
2 jam lalu · Politik
Polis siasat dakwaan Jho Low pulang ke Malaysia hadiri mesyuarat sulit
4 jam lalu · Politik
NGO desak Rafizi jawab isu dakwaan dana asing
5 jam lalu · Politik
Muhyiddin persoal pengiktirafan UEC bagi kemasukan ke IPTA
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok