Dr Muhamad Akmal Saleh.
Dr Muhamad Akmal Saleh mencadangkan supaya UMNO mempertimbangkan untuk keluar daripada Kerajaan Perpaduan susulan kenyataan beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang mahu menewaskan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.
Ketua Pemuda UMNO itu berkata, tindakan pemimpin PH yang secara terbuka menyatakan hasrat untuk “menguburkan” BN menunjukkan hubungan dalam kerajaan semakin tegang walaupun kedua-dua gabungan kini berada dalam pentadbiran yang sama di peringkat Persekutuan.
“Alang-alang nak kuburkan UMNO, rasanya dah sampai masa juga UMNO keluar sahaja dari kerajaan perpaduan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Akmal turut menegaskan soal masa depan UMNO bukan ditentukan mana-mana pihak, sebaliknya terpulang kepada rakyat dan ketentuan Allah.
“Nak kuburkan UMNO? Kita jangan melebihi kuasa Allah. Biar rakyat yang buat keputusan, kita berusaha dan serahkan pada Allah,” katanya lagi.
Kenyataan itu dibuat sebagai reaksi terhadap ucapan Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan yang menyatakan gabungan itu bertekad untuk menewaskan BN sekali lagi di Johor selepas BN mengumumkan akan bertanding secara solo pada PRN akan datang.
Menurut Aminolhuda, kemenangan besar PH di Johor sebelum ini membuktikan gabungan tersebut masih mempunyai kekuatan untuk merampas semula negeri berkenaan.
Sebelum ini, BN Johor mengumumkan hasrat untuk bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya PRN diadakan.
Langkah itu dilihat sebagai usaha mengukuhkan semula pengaruh BN di negeri yang pernah dianggap kubu kuat parti berkenaan.
Untuk rekod, Johor menjadi negeri penting dalam landskap politik negara selepas PRN 2022 menyaksikan BN memperoleh kemenangan besar dan kembali membentuk kerajaan negeri.
Namun, hubungan antara UMNO dan PH terus menjadi perhatian kerana kedua-duanya kini bekerjasama dalam Kerajaan Perpaduan walaupun bersaing sengit sebelum ini.
Keputusan rayuan Guan Eng, isteri dan ahli perniagaan diketahui hari ini
Kerajaan pusat dan negeri sepakat tangani cabaran ekonomi: Anwar
Bersatu persoal keabsahan Mesyuarat Tertinggi PN, langgar kehendak RoS
Kecoh kenyataan awal dipadam, pengguna FB kantoikan tangkap layar akaun Samsuri
PRN Johor: Debat Maszlee dan Onn Hafiz, biar pengundi nilai siapa layak jadi MB?
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar