PRN Johor: Debat Maszlee dan Onn Hafiz, biar pengundi nilai siapa layak jadi MB?

8 jam lalu · Politik

Pengumuman senarai calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor oleh Perdana Menteri semalam menyaksikan nama Dr Maszlee Malik antara yang paling mendapat perhatian apabila diletakkan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa.

Kerusi berkenaan sebelum ini dimenangi oleh MUDA, sekali gus menjadikan pencalonan bekas Menteri Pendidikan itu sebagai antara perkembangan penting dalam persiapan PH menghadapi pilihan raya negeri kali ini.

Di sebalik pengumuman calon, timbul pula spekulasi dalam kalangan pemerhati politik dan penyokong PH mengatakan Maszlee berpotensi menjadi calon Menteri Besar Johor sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan negeri.

Bagaimanapun, setakat ini PH masih belum mengumumkan sebarang poster boy atau calon rasmi Menteri Besar, sekali gus dilihat mengambil pendekatan lebih berhati-hati berbanding pilihan raya lalu.

Penganalisis politik berpandangan langkah itu mungkin diambil bagi mengelakkan polemik sepanjang kempen selain menghormati prerogatif Istana dalam pelantikan Menteri Besar selepas pilihan raya.

Pada PRN Johor 2022, Barisan Nasional (BN) menampilkan Hasni Mohammad sebagai wajah utama kempen.

Namun selepas BN memperoleh kemenangan besar, Onn Hafiz Ghazi kemudiannya diperkenankan sebagai Menteri Besar Johor.

Perkembangan itu sering dijadikan contoh keputusan politik di Johor tidak semestinya berakhir seperti yang dijangka sepanjang kempen.

Maszlee bukanlah nama asing dalam politik negara. Ketika menerajui Kementerian Pendidikan, beliau pernah menjadi perhatian susulan pelaksanaan dasar penggunaan kasut sekolah hitam yang pada mulanya menerima pelbagai reaksi.

Walaupun dasar itu menjadi bahan sindiran sesetengah pihak, ramai ibu bapa menyambut baik pelaksanaannya kerana dianggap lebih praktikal berbanding kasut putih yang memerlukan penjagaan rapi.

“Kadang-kadang dasar yang dilihat kecil oleh ahli politik sebenarnya memberi kesan besar kepada kehidupan harian rakyat,” kata seorang pemerhati politik ketika mengulas rekod pentadbiran Maszlee.

Dari segi kelayakan, Maszlee dan Onn Hafiz dilihat mempunyai kekuatan tersendiri. Maszlee mempunyai latar belakang akademik yang kukuh dengan pengalaman sebagai pensyarah serta pendidikan di Mesir, Jordan dan United Kingdom.

Onn Hafiz pula mempunyai pengalaman dalam pentadbiran negeri dan pengurusan ekonomi selain latar pendidikan dalam bidang perakaunan.

Sehubungan itu, terdapat pandangan supaya kedua-dua tokoh tersebut diberi ruang untuk berdebat secara terbuka mengenai hala tuju Johor bagi memberi peluang kepada rakyat untuk menilai siapa yang lebih layak untuk menerajui kerajaan Johor selepas PRN nanti.

Menurut pemerhati politik, rakyat kini mahukan penjelasan lebih mendalam mengenai pelan pembangunan negeri berbanding sekadar slogan kempen.

“Rakyat mahu tahu apa tawaran sebenar untuk Johor, bukan hanya mendengar retorik politik,” katanya.

PRN Johor kali ini dijangka menyaksikan persaingan sengit antara beberapa gabungan utama, dengan isu ekonomi, peluang pekerjaan, pelaburan dan kos sara hidup dijangka menjadi fokus utama kempen.

Berita berkaitan
Maszlee sedia berdebat, adakah Onn Hafiz akan sahut?
1 jam lalu· Politik
Tun Faisal gesa Samsuri lapor polis isu dua kenyataan media berbeza di FB
8 jam lalu· Politik
Johor perlukan kerajaan negeri sehaluan Putrajaya: Amanah
12 jam lalu· Politik
Kerjasama dengan Putrajaya kunci kemajuan Johor: Anwar
20 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Kerajaan pusat dan negeri sepakat tangani cabaran ekonomi: Anwar
1 jam lalu · Politik
Bersatu persoal keabsahan Mesyuarat Tertinggi PN, langgar kehendak RoS
1 jam lalu · Politik
Kecoh kenyataan awal dipadam, pengguna FB kantoikan tangkap layar akaun Samsuri
8 jam lalu · Politik
Bukan nama Wawasan, sebaliknya PN sahkan kemasukan PCM dan Pejuang
20 jam lalu · Politik
Johor terima lebih banyak peruntukan di bawah Kerajaan Madani: Saifuddin
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok