Kerjasama dengan Putrajaya kunci kemajuan Johor: Anwar

20 jam lalu · Politik

Hubungan baik antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan menjadi faktor penting dalam memastikan pembangunan serta peruntukan yang lebih besar dapat disalurkan kepada sesebuah negeri, kata Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, kerjasama yang erat membolehkan rundingan dilakukan secara lebih berkesan demi kepentingan rakyat, sambil mengambil contoh hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak.

“Premier Sarawak setuju untuk Kerajaan Sarawak bayar kepada kerajaan Malaysia RM1.8 bilion. Ini berlaku kerana kita runding dengan baik. Kerajaan Negeri Sarawak mempunyai hubungan yang baik dengan Kerajaan Persekutuan.

“Kita berbincang dan akhirnya saya mengumumkan penerimaan RM1.8 bilion itu untuk manfaat rakyat Malaysia termasuk di Johor. Sebab itu saya selalu tegaskan, kalau mahu maju, kita perlu bekerjasama,” katanya semasa Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Bukit Gambir malam tadi.

Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, sikap sentiasa menentang atau mengkritik Kerajaan Persekutuan boleh menyukarkan proses rundingan berkaitan pembangunan dan sumbangan kepada negeri.

“Kalau ambil sikap tidak setuju dengan kita, menentang kita dan asyik kritik kita, macam mana kita hendak runding? Rundingan memerlukan hubungan yang baik dan saling menghormati,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mempertahankan rekod Kerajaan Madani dalam menyalurkan semula hasil kepada Johor menerusi pelbagai projek pembangunan dan program untuk rakyat.

Menurutnya, antara tahun 2023 hingga 2025, Johor menyumbang kira-kira RM14 bilion kepada Kerajaan Persekutuan, manakala jumlah yang dikembalikan kepada negeri itu melalui pelbagai bentuk peruntukan dan pembangunan mencecah RM16 bilion.

“Johor menyumbang RM14 bilion, tetapi kita pulangkan semula sekitar RM16 bilion melalui projek dan pembangunan. Ini menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap negeri ini,” katanya.

Beliau turut mendakwa jumlah peruntukan kepada Johor ketika pentadbiran terdahulu jauh lebih rendah.

“Ketika kerajaan sebelum ini, jumlahnya sekitar RM6 bilion dan tidak sampai RM7 bilion. Di bawah Kerajaan Madani, ia meningkat kepada RM8.7 bilion, satu pertambahan yang besar,” ujarnya.

Kenyataan Anwar itu hadir susulan titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, yang sebelum ini mempersoalkan jumlah hasil yang dikembalikan kepada Johor berbanding sumbangan negeri itu kepada Kerajaan Persekutuan.

Baginda bertitah Johor menyumbang lebih RM40 bilion setahun kepada kerajaan pusat, namun hanya menerima sekitar RM2 bilion hingga RM3 bilion untuk memenuhi keperluan hampir lima juta penduduk negeri berkenaan.

Berita berkaitan
Kerajaan pusat dan negeri sepakat tangani cabaran ekonomi: Anwar
1 jam lalu· Politik
Maszlee sedia berdebat, adakah Onn Hafiz akan sahut?
1 jam lalu· Politik
PRN Johor: Debat Maszlee dan Onn Hafiz, biar pengundi nilai siapa layak jadi MB?
8 jam lalu· Politik
Tun Faisal gesa Samsuri lapor polis isu dua kenyataan media berbeza di FB
8 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Bersatu persoal keabsahan Mesyuarat Tertinggi PN, langgar kehendak RoS
1 jam lalu · Politik
Kecoh kenyataan awal dipadam, pengguna FB kantoikan tangkap layar akaun Samsuri
8 jam lalu · Politik
Johor perlukan kerajaan negeri sehaluan Putrajaya: Amanah
12 jam lalu · Politik
Bukan nama Wawasan, sebaliknya PN sahkan kemasukan PCM dan Pejuang
20 jam lalu · Politik
Johor terima lebih banyak peruntukan di bawah Kerajaan Madani: Saifuddin
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok