BN Johor kekal pendirian tanding semua kerusi PRN: Onn Gafiz

2 jam lalu · Politik

Barisan Nasional (BN) Johor menegaskan pendirian untuk bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dan tidak akan membuat sebarang perubahan keputusan meskipun landskap politik semasa terus berkembang.

Pengerusi BN Johor Onn Hafiz Ghazi berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan penuh pucuk pimpinan parti termasuk Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir.

Menurut beliau, pengumuman untuk bertanding di semua kerusi bukan dibuat secara bersendirian, sebaliknya selepas melalui perbincangan dan restu kepimpinan tertinggi parti.

“Sebelum saya buat pengumuman itu, saya telah mendapat restu daripada pucuk pimpinan. Sebab itu saya berani komited dengan angka tersebut,” katanya menerusi audio siar Keluar Sekejap.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan berlaku perubahan strategi susulan perkembangan hubungan politik antara BN dan Pakatan Harapan (PH).

Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap berkata, setakat ini keyakinan BN Johor untuk mempertahankan keputusan tersebut masih kukuh dan akan diteruskan seperti dirancang.

“Saya tak akan buat keputusan tanpa mendapat nasihat dan pandangan,” katanya.

Sebelum ini, BN Johor mengumumkan hasrat untuk bertanding di kesemua 56 kerusi DUN sebagai usaha membentuk kerajaan negeri yang stabil dan mempunyai majoriti kukuh.

Untuk rekod, BN ketika ini menerajui pentadbiran Johor selepas mencatat kemenangan besar pada PRN Johor 2022 dengan menguasai majoriti kerusi DUN.

Kemenangan itu dilihat menjadi asas keyakinan parti untuk terus bergerak solo dalam menghadapi pilihan raya negeri akan datang.

Berita berkaitan
DAP sokong cadangan bubar DUN Negeri Sembilan
20 jam lalu· Politik
Isu agama dan kaum dimainkan Akmal beri beban kepada kerajaan: Rafizi
May 24, 2026· Politik
Rafizi berisiko kalah kerusi Pandan sama seperti di Gombak: AMK Pulau Pinang
May 24, 2026· Politik
Anwar diharap terus kekal di Tambun: PKR Perak
May 24, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Hina sahabat Nabi: Amanah persoal kenapa PAS tak pecat Zawawi
May 25, 2026 · Politik
PKR Shah Alam dakwa hanya tiga AJK keluar parti, masih utuh
May 25, 2026 · Politik
PAS pertimbang putuskan hubungan dengan Bersatu: Laporan
2 jam lalu · Politik
21 pemimpin cabang PKR Shah Alam umum keluar parti
2 jam lalu · Politik
Bersatu jawab kritikan PAS, tegaskan semua isu patut dibincang dalam gabungan
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok