DAPSY desak PRU diadakan serentak jika UMNO Johor bergerak solo

May 28, 2026 · Politik

Sayay Pemuda DAP menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempertimbangkan pembubaran Parlimen sekiranya UMNO Johor benar-benar mahu bergerak secara solo pada pilihan raya akan datang.

Dalam kenyataan hari ini, DAPSY berkata langkah itu perlu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan serentak supaya rakyat dapat menentukan hala tuju politik negara secara jelas.

“Jika ada pihak yang cenderung menikam dari belakang dan memperlekeh semangat perpaduan, maka DAPSY menyeru PMX membubarkan Parlimen segera demi mengadakan PRU serta PRN Johor bersama negeri lain agar rakyat dapat membuat keputusan muktamad,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan tersebut dipercayai merujuk kepada ketegangan yang semakin ketara antara pemimpin PH dan UMNO Johor kebelakangan ini, termasuk kenyataan beberapa pemimpin UMNO negeri yang mahu bertanding secara solo pada pilihan raya akan datang.

DAPSY turut membangkitkan isu di Negeri Sembilan apabila UMNO menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar daripada PH, selain kenyataan berhubung “perang habis-habisan” di Johor yang dianggap boleh menjejaskan semangat kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Menurut sayap pemuda DAP itu, selepas Pilihan Raya Negeri 2023, kerjasama antara PH dan Barisan Nasional banyak membantu UMNO mengekalkan pengaruh politiknya selepas prestasi buruk pada PRU-15.

Mereka mendakwa sokongan PH membolehkan UMNO terus berada dalam pentadbiran negeri seperti di Selangor dan Pulau Pinang, selain mengekalkan jawatan Menteri Besar di Perak dan Pahang.

“Kerjasama ini adalah talian hayat politik yang penting, namun amat mengecewakan apabila ada pihak dilihat seperti kacang lupakan kulit ketika kerajaan sedang berdepan cabaran ekonomi global,” katanya lagi.

DAPSY juga memetik pandangan beberapa penganalisis politik termasuk Hisommudin Bakar dari Ilham Centre dan pensyarah sains politik, Azmil Tayeb, yang berpandangan UMNO sukar menewaskan Perikatan Nasional jika terus bersaing dalam naratif politik Melayu-Islam.

Menurut mereka, UMNO masih memerlukan sokongan pengundi bandar dan bukan Melayu yang cenderung memilih kestabilan politik serta pendekatan sederhana.

Hubungan antara PH dan UMNO mula terjalin selepas PRU-15 apabila tiada gabungan memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

Kerjasama itu membawa kepada pembentukan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Anwar Ibrahim dengan sokongan beberapa parti politik termasuk BN, GPS dan GRS.

Bagaimanapun, sejak beberapa bulan lalu timbul spekulasi mengenai hala tuju kerjasama itu susulan beberapa kenyataan pemimpin UMNO negeri yang mahu parti tersebut kembali bertanding secara sendiri tanpa bergantung kepada PH.

Berita berkaitan
Akmal tempelak DAPSY desak bubar Parlimen bagi buat PRU awal
21 jam lalu· Politik
Tun Faisal nafi Bersatu mahu sertai PH, bidas pihak cuba kaitkan Azmin
May 28, 2026· Politik
Adakah Bersama akan senasib Pejuang? Aura Rafizi sahaja belum cukup untuk menang PRU
May 28, 2026· Politik
DNAA: Zahid mohon halang cabaran Badan Peguam ke Mahkamah Persekutuan
May 26, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Azmin nafi Bersatu akan kembali bersama PH
2 jam lalu · Politik
Hamzah nak letak jawatan pun takut… Kini nak umum parti baharu pula?
10 jam lalu · Politik
Radzi bidas fitnah disebar dakwa Bersatu akan bersama PH
21 jam lalu · Politik
Rafizi akui parti baharu berdepan laluan sukar untuk bersaing
May 28, 2026 · Politik
Majlis Syura Ulama teliti laporan penuh sebelum muktamadkan hubungan dengan Bersatu: Amar
May 28, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok