Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.
Bersatu menegaskan komitmennya untuk terus memelihara hubungan baik dengan PAS dalam Perikatan Nasional (PN) meskipun timbul pelbagai spekulasi mengenai hala tuju kerjasama kedua-dua parti itu kebelakangan ini.
Presidennya, Muhyiddin Yassin berkata telah menerima surat daripada Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, yang menyentuh mengenai hubungan antara kedua-dua parti serta beberapa cadangan bagi memperkukuhkan gabungan PN.
Menurutnya, semua cadangan yang dikemukakan akan diteliti sebelum dibawa ke Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu untuk pertimbangan lanjut.
“Saya telah menerima surat daripada Setiausaha Agung PAS bertarikh 6 Jun 2026 mengenai hubungan Bersatu dan PAS serta cadangan-cadangan untuk memperkukuhkan PN.
“Saya akan memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap cadangan-cadangan tersebut dan membawa perkara ini ke mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu untuk diteliti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Muhyiddin turut menegaskan Bersatu tetap beriltizam untuk meneruskan hubungan yang baik dengan PAS sebagai rakan dalam PN.
“Bersatu mengulangi tekad dan iltizam kami untuk terus memelihara hubungan baik dengan PAS dalam PN,” katanya.
Kenyataan itu hadir ketika perhatian tertumpu kepada perbincangan dalaman PAS berhubung masa depan kerjasama politik dalam PN.
Sebelum ini, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang memaklumkan Majlis Syura Ulama PAS telah bermuzakarah mengenai isu berkenaan dan menyerahkan perkara itu kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk membuat keputusan yang sesuai.
Beliau berkata, perbincangan lanjut mengenai isu tersebut bersama beberapa perkara lain dijadualkan berlangsung pada Isnin.
Perkembangan itu mencetuskan spekulasi mengenai hubungan antara PAS dan Bersatu susulan konflik dalaman yang melanda Bersatu sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini turut menyatakan kebimbangan terhadap krisis dalaman Bersatu yang dilihat boleh menjejaskan kekuatan, kestabilan dan keyakinan rakyat terhadap hala tuju PN dalam membawa agenda penyatuan ummah.
Zambry gesa henti polemik isu DAP, pertahan pendirian MB Johor
PAS sahkan putus kerjasama dengan Bersatu, beri bayangan akan keluar dari PN
PAS sindir DAP, pertahan pendirian UMNO dalam isu kerjasama politik
SPR tetapkan tarikh penting PRN Negeri Sembilan Jumaat ini
UMNO Johor tidak lagi boleh tuntut kredit hasil pembangunan sendiri: DAPSY
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi