Syam Ghaz.
Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) di bawah kepimpinan baharu ketua pengarahnya, Hisyamuddin Ghazali atau lebih dikenali sebagai Syam Ghaz, dilihat mengambil pendekatan lebih agresif dalam menangani pihak yang didakwa menyebarkan fitnah terhadap kerajaan.
Perubahan pendekatan itu diumumkan menerusi beberapa hantaran di media sosial oleh Hisyamuddin pada Khamis, yang memaklumkan J-Kom akan mula membuat laporan polis terhadap individu atau pihak yang didakwa menyebarkan maklumat tidak benar mengenai kepimpinan kerajaan.
“Hari ini J-Kom mula menyerang. Tak ada dah defensif. Kita akan mulakan dengan membuat laporan polis terhadap kaki fitnah pimpinan kerajaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pagi ini.
“Kutip terus. Hari ini baru hari keempat,” katanya dalam hantaran tersebut.
Menurut beliau, J-Kom tidak lagi akan sekadar bertindak mempertahankan kerajaan daripada serangan pihak tertentu, sebaliknya akan mengambil langkah lebih proaktif bagi mempertahankan Perdana Menteri Anwar Ibrahim serta pentadbiran Kerajaan MADANI.
Hisyamuddin yang dilantik menerajui agensi itu pada Isnin lalu turut memaklumkan sedang menyusun semula budaya kerja J-Kom supaya agensi berkenaan menjadi barisan hadapan dalam mempertahankan dasar dan kepimpinan kerajaan.
Dalam perkembangan sama, ahli perniagaan Albert Tei yang sering mengkritik Anwar serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat antara individu yang menjadi perhatian J-Kom.
Difahamkan, Hisyamuddin sendiri membuat laporan polis terhadap Tei dan menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap ahli perniagaan itu atas dakwaan mengganggu ketenteraman awam serta menghalang penjawat awam menjalankan tugas mereka.
Menariknya, sejurus selepas laporan polis dibuat di IPD Putrajaya, Hisyamuddin secara kebetulan terserempak dengan Tei di lokasi yang sama.
Walaupun tujuan kehadiran Tei di balai polis berkenaan tidak dapat dipastikan, beliau dilihat menyertai kumpulan wartawan yang sedang mengikuti sidang media diadakan oleh ketua pengarah J-Kom itu.
Menurut seorang wartawan yang berada di lokasi, Tei kemudian mengemukakan beberapa soalan kepada Hisyamuddin dan meminta beliau menjelaskan kesalahan yang didakwa dilakukan.
Bagaimanapun, Hisyamuddin dilaporkan mencabar Tei untuk berdebat secara terbuka pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Beliau turut meminta Tei menyimpan segala persoalan yang ingin dibangkitkan sehingga sesi perdebatan tersebut berlangsung.
Hadi sahkan PAS cerai Bersatu kerana halang kumpulan Hamzah sertai PN
Pendirian Onn Hafiz tolak DAP berbeza dengan keputusan MKT UMNO: AMK Johor
PAS cerai Bersatu kerana mahu hidupkan MN dengan UMNO: Marzuki
PAS punca kerjasama parti Melayu-Islam gagal, Tun Faisal dakwa banyak penipuan
Parti Amanah sindir PAS lebih teruk daripada bau kambing, hanya fikir kepentingan diri
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi