PAS punca kerjasama parti Melayu-Islam gagal, Tun Faisal dakwa banyak penipuan

5 jam lalu · Politik

Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa terdapat unsur pembohongan dalam kalangan pemimpin PAS berhubung kegagalan usaha mewujudkan kerjasama antara Perikatan Nasional (PN) dan parti-parti Melayu-Islam lain menjelang pilihan raya akan datang.

Menurut Ketua Penerangan Bersatu itu, beberapa pemimpin PAS cuba menyalahkan pihak lain sedangkan mereka sendiri terlibat secara langsung dalam proses membuat keputusan di peringkat Majlis Tertinggi PN.

“Yang bercakap tentang ukhwah dan perpaduan Islam sendiri berbohong. Padahal Mesyuarat Majlis Tertinggi PN dihadiri mereka.

“Pengerusi mesyuarat daripada PAS, timbalan pengerusi daripada PAS, Setiausaha Agung daripada PAS, Ketua Penerangan daripada PAS, bendahari daripada PAS dan Ketua Pemuda daripada PAS. Tetapi naratif yang keluar tetap pembohongan juga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tun Faisal mengulas kenyataan beberapa pemimpin PAS mengenai usaha penyatuan parti-parti Melayu-Islam yang didakwa gagal mencapai kata sepakat.

Untuk rekod, Pengerusi PN ialah Ahmad Samsuri Mokhtar, manakala jawatan Timbalan Pengerusi disandang Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung oleh Takiyuddin Hassan.

Mengulas lanjut, Tun Faisal mendakwa kegagalan rundingan itu berpunca daripada keengganan PAS melepaskan kerusi di negeri-negeri yang ditadbir gabungan SG4 kepada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Beliau mendakwa Tuan Ibrahim yang sebelum ini bersetuju dengan konsep pakatan pilihan raya atau ‘electoral pact’ telah menghalang usaha itu daripada diperluaskan kepada parti-parti di bawah Gagasan Ikatan Prihatin Rakyat (IPR).

“Bukan pemimpin Bersatu yang kata jangan bagi Pejuang bertanding di negeri kami kerana negeri kami sudah penuh.

“Bukan pemimpin Bersatu yang suruh Pejuang bertanding di Selangor, tetapi pemimpin PAS. Baru bercakap mengenai Pejuang, pemimpin PAS sudah menolak mereka daripada bertanding di negeri yang dikuasai PAS ke negeri lain yang pengerusi PN bukan daripada PAS,” dakwanya.

Beliau turut mendakwa Tuan Ibrahim merupakan individu yang menghalang parti-parti bukan anggota PN daripada menjalinkan pakatan pilihan raya dengan gabungan itu.

“Tuan Ibrahim sendiri yang kata tiada keputusan untuk memperluaskan kerjasama kepada parti-parti di bawah Ikatan Prihatin Rakyat. Orang yang bercakap mengenai ukhwah dan menuduh Bersatu menghalang usaha penyatuan sebenarnya membuat keputusan itu sendiri,” katanya.

Selain itu, Tun Faisal mendakwa PAS tidak menghadiri dua pertemuan rasmi yang diadakan sebelum ini bagi membincangkan kerjasama politik tersebut.

Katanya, jawatankuasa yang sepatutnya membincangkan mekanisme pakatan pilihan raya juga masih belum dibentuk walaupun dipengerusikan oleh wakil PAS.

Gagasan IPR merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, bagi menghimpunkan beberapa parti Melayu-Islam.

Berita berkaitan
Hadi sahkan PAS cerai Bersatu kerana halang kumpulan Hamzah sertai PN
June 11, 2026· Politik
PAS cerai Bersatu kerana mahu hidupkan MN dengan UMNO: Marzuki
4 jam lalu· Politik
Parti Amanah sindir PAS lebih teruk daripada bau kambing, hanya fikir kepentingan diri
June 10, 2026· Politik
PAS bukan putus hubungan terus dengan Bersatu: Tuan Ibrahim
June 10, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Anwar masih pilihan terbaik jadi PM, pembangkang berpecah teruk: Abdullah Sani
4 jam lalu · Politik
Pendirian Onn Hafiz tolak DAP berbeza dengan keputusan MKT UMNO: AMK Johor
4 jam lalu · Politik
Bos J-Kom ambil pendekatan lebih agresif, cabar pengkritik berdebat
5 jam lalu · Politik
Kerajaan Perpaduan kekal kukuh, tiada rakan gabungan khianat: PMX
5 jam lalu · Politik
BN yakin agihan kerusi PRN Johor, Negeri Sembilan tiada pertindihan
June 10, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok