Fahmi kesal MP Petaling Jaya letak jawatan MPP PKR secara terburu-buru

June 12, 2026 · Politik

Fahmi Fadzil meluahkan rasa kesal terhadap keputusan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, yang meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, sambil menegaskan platform parti sepatutnya digunakan untuk menyuarakan sebarang pandangan atau perbezaan pendapat.

Ketua Penerangan PKR itu berkata mengenali Chean Chung sejak sekian lama ketika Ahli Parlimen itu berkhidmat sebagai pegawai penyelidik di Parlimen dan mengikuti rapat perjalanan politiknya sehingga dipilih sebagai anggota MPP bagi penggal 2022 hingga 2025.

Menurutnya, perjuangan dan hala tuju PKR pada hari ini tidak banyak berubah berbanding ketika Chean Chung mula terlibat dalam parti.

“Saya kenal saudara Lee Chean Chung sejak beliau berkhidmat sebagai pegawai penyelidik lagi. Saya mengikuti perjalanan beliau dalam parti dan sehingga hari ini saya lihat dari segi landasan serta perjuangan parti, tidak ada perubahan yang ketara.

“Saya cuma kesal beliau tidak bersama untuk menyampaikan pandangan atau teguran dalam parti walaupun platform itu sentiasa terbuka,” katanya pada sidang media mingguan di Putrajaya, hari ini.

Fahmi berkata, perbezaan pandangan dalam kalangan pimpinan bukan perkara luar biasa dalam PKR dan boleh dibincangkan menerusi saluran parti.

Beliau memberi contoh bekas Naib Presiden PKR, Elizabeth Wong, yang menurutnya sering mengemukakan pandangan berbeza dalam mesyuarat MPP tetapi tetap menggunakan platform tersebut untuk mempertahankan prinsip dan memastikan parti berada di landasan yang betul.

“Sepatutnya Chean Chung melakukan perkara yang sama. Tetapi beliau sudah lama tidak hadir mesyuarat MPP. Walaupun ada pandangan yang berbeza, ruang untuk menyuarakannya sentiasa ada,” katanya.

Fahmi turut berpandangan Chean Chung perlu memberikan penjelasan kepada anggota parti yang memilihnya dalam pemilihan lalu mengenai keputusan melepaskan jawatan tersebut.

Mengulas dakwaan berdepan tekanan daripada parti termasuk sekatan akses sistem MyKhas, Fahmi berkata perkara itu tidak pernah dibangkitkan secara langsung kepadanya walaupun mereka masih berhubung.

“Dalam apa juga perkara, boleh datang berbincang. Malah saudara Chean Chung ada berhubung dengan saya sebelum ini tetapi isu berkenaan tidak pernah dibangkitkan.

“Saya boleh tunjukkan mesej WhatsApp beliau kepada saya. Jika mahu berjumpa atau berbincang, tiada masalah. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih,” katanya.

Terdahulu, Chean Chung mengumumkan peletakan jawatannya sebagai anggota MPP PKR dengan alasan berdepan kesukaran untuk memainkan peranan secara berkesan dalam struktur kepimpinan parti.

Ahli Parlimen Petaling Jaya itu turut mendakwa wujud beberapa bentuk tekanan dalaman yang menjejaskan keupayaannya menjalankan tugas.

Bagaimanapun, beliau menegaskan akan terus kekal sebagai ahli PKR dan meneruskan khidmatnya sebagai Ahli Parlimen.

Berita berkaitan
Dakwaan Istana Negeri Sembilan ‘dipegang’ DAP fitnah jahat
July 27, 2026· Politik
PKR tidak perlu bersaing politik identiti
July 27, 2026· Politik
Isu kaum dan agama hanya retorik kempen selepas kehabisan modal: Tze Tzin
July 27, 2026· Politik
Tengku Zafrul nafi wujud sabotaj dalam kempen calon PKR
July 26, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PRN NS: Loke dakwa difitnah pemimpin UMNO konon bakal jadi MB
7 jam lalu · Politik
Laporan RCI dedah bonus lumayan kepada kakitangan TH ketika aset susut
7 jam lalu · Politik
Anwar ambil alih pantau isu masyarakat india, mohon maaf guna istilah ‘kuil haram’
7 jam lalu · Politik
Kerajaan percepat sidang khas Parlimen bahas laporan RCI Tabung Haji: Fahmi
12 jam lalu · Politik
Video ucapan tular, MCA diasak isu ‘Yahudi’ menjelang hari mengundi: Lapor Malaysiakini
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan tertipu ‘cium mulut’ BN dan PAS, jangan beri satu undi pun kepada UMNO
21 jam lalu
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
July 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok