Fahmi nasihat Ketua Pengarah J-Kom agar berhati-hati di media sosial

June 16, 2026 · Politik

Fahmi Fadzil sudah memberikan nasihat kepada Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Mohd Hisyamuddin Ghazali, supaya lebih berhati-hati dalam pendekatan komunikasinya di media sosial bagi mengelakkan sebarang kenyataan yang boleh dimanipulasi pihak tertentu.

Menteri Komunikasi berkata nasihat itu diberikan susulan beberapa kenyataan dan hantaran dibuat Ketua Pengarah J-Kom baharu, Mohd Hisyamuddin atau lebih dikenali sebagai Syam Ghaz di platform media sosial yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

“Ini baru minggu pertama dan kita akan meneliti mutu perkhidmatan beliau. Pada waktu ini, beliau ada menerima nasihat dan saya sendiri telah menasihatinya.

“Jangan sehingga wujud ruang yang boleh dimanipulasi oleh pihak yang memusuhi atau sengaja mencari isu mengenai perkara tertentu,” katanya selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Negeri Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Fahmi turut mengingatkan mesej yang disampaikan oleh Mohd Hisyamuddin perlu jelas dan mudah difahami rakyat supaya tidak menimbulkan salah tafsir terhadap dasar serta usaha kerajaan.

Pada masa sama, beliau mengakui kepantasan Mohd Hisyamuddin dalam mengendalikan isu semasa merupakan satu kelebihan yang boleh membawa pembaharuan kepada J-Kom.

“Saya melihat kepantasan beliau dalam mengetengahkan isu serta menangani sesuatu perkara sebagai satu perkara yang sangat segar. Tenaga dan dinamisme yang ditunjukkan beliau juga sangat baik, namun perlu disertai dengan sikap berhati-hati supaya rakyat benar-benar memahami visi dan usaha kerajaan,” katanya.

Mohd Hisyamuddin mula menerajui J-Kom dalam usaha memperkukuh komunikasi kerajaan kepada masyarakat.

Namun, beberapa hantaran dan kenyataannya sejak memegang jawatan itu telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam ruang media sosial.

Sebahagian pengguna media sosial berpendapat beliau perlu lebih cermat dalam menyampaikan pandangan memandangkan kedudukannya kini sebagai pegawai kanan kerajaan yang bertanggungjawab menyelaras komunikasi serta penyampaian maklumat kepada rakyat.

Berita berkaitan
Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
June 16, 2026· Politik
Polis siasat dakwaan Rosmah terlibat pembelian hartanah mewah di AS
June 15, 2026· Isu semasa
Warga Rohingya tetap bayar caj rawatan, tiada subsidi diberikan: Dr Dzulkefly
June 15, 2026· Isu semasa
Kerajaan tanggung kos pos ubat 80,000 pesakit mulai Julai: Fahmi
June 15, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Jangan musuhi DAP ketika kempen, berkawan bila berkuasa: Mahfuz
6 jam lalu · Politik
AMK Johor kritik Onn Hafiz dakwa rakyat yang mahu PRN diadakan
6 jam lalu · Politik
PN bukan milik satu parti: Marzuki bidas PAS
6 jam lalu · Politik
PRN Johor: Puad beri laluan kepada calon muda, tak pertahan kerusi Rengit
6 jam lalu · Politik
PAS jangka PRU-16 mungkin diadakan hujung tahun
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok