AMK Johor kritik Onn Hafiz dakwa rakyat yang mahu PRN diadakan

6 jam lalu · Politik

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor mempersoalkan dakwaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu diadakan atas kehendak rakyat, sambil menegaskan tiada bukti jelas yang menunjukkan majoriti penduduk negeri itu mahukan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan lebih awal.

Ketua AMK Johor, Faezuddin Puad berkata kerajaan negeri ketika ini berada dalam keadaan stabil dan mempunyai majoriti yang kukuh, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keperluan untuk mengadakan pilihan raya negeri dalam masa terdekat.

“Apakah ada sebarang referendum, pungutan suara atau kajian rasmi yang menunjukkan majoriti Bangsa Johor mendesak supaya DUN dibubarkan lebih awal?

“Rakyat mana yang meminta PRN Johor diadakan ketika kerajaan negeri masih berfungsi dengan baik dan mempunyai majoriti yang amat kukuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, yang menyatakan keputusan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di semua 56 kerusi DUN Johor dibuat berdasarkan kehendak rakyat dan bukannya bersifat sombong.

Menurut Faezuddin, kedudukan semasa kerajaan negeri membolehkan semua dasar, usul dan pindaan diluluskan tanpa sebarang halangan yang ketara.

Sebagai contoh, katanya, cadangan mewujudkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan sebelum ini berjaya diluluskan dengan selesa oleh kerajaan negeri yang mempunyai majoriti besar di DUN Johor.

Beliau turut mendakwa keputusan PRN Johor 2022 menunjukkan BN hanya memperoleh 43.11 peratus undi popular, sekali gus menggambarkan bahawa majoriti pengundi tidak memilih gabungan tersebut.

“Data ini menunjukkan majoriti rakyat tidak mengundi BN. Melainkan ‘rakyat BN’ sahaja yang meminta supaya PRN diadakan segera,” katanya.

Faezuddin yang juga Ketua PKR Cabang Pulai berkata, dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu akibat konflik geopolitik dan tekanan kos sara hidup, keutamaan kerajaan negeri sepatutnya tertumpu kepada usaha memperkukuh ekonomi serta membantu rakyat.

“Sepatutnya dengan kedudukan BN yang kuat dalam kerajaan negeri digunakan sebaik mungkin untuk memulihkan dan mengukuhkan ekonomi. Membubarkan DUN bukanlah satu keutamaan ketika ini,” katanya.

Beliau berpendapat tindakan mengadakan pilihan raya ketika kerajaan masih stabil dan mempunyai baki tempoh kira-kira setahun sebelum tamat penggal hanya akan mengheret rakyat ke dalam percaturan politik yang tidak diperlukan.

“Rakyat hari ini cerdik. Mereka tahu apa yang berlaku sekarang hanyalah satu keputusan politik yang dibuat oleh BN, itu sahaja,” katanya.

Berita berkaitan
Sambutan Hari Peneroka ditangguh atas permintaan kerajaan Johor sendiri? – Sumber
June 17, 2026· Isu semasa
Jangan musuhi DAP ketika kempen, berkawan bila berkuasa: Mahfuz
5 jam lalu· Politik
PN bukan milik satu parti: Marzuki bidas PAS
6 jam lalu· Politik
PRN Johor: Puad beri laluan kepada calon muda, tak pertahan kerusi Rengit
6 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PAS jangka PRU-16 mungkin diadakan hujung tahun
9 jam lalu · Politik
Bersatu kekal bertanding guna logo PN dalam PRN Johor, Negeri Sembilan: Muhyiddin
10 jam lalu · Politik
Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
June 16, 2026 · Politik
Hakim sifatkan skandal 1MDB sebagai kleptokrasi terburuk dunia
June 16, 2026 · Politik
Fahmi nasihat Ketua Pengarah J-Kom agar berhati-hati di media sosial
June 16, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok