Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Mohd Puad Zarkashi.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Mohd Puad Zarkashi mengesahkan tidak akan mempertahankan kerusi Rengit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dijadual berlangsung pada 11 Julai ini bagi memberi laluan kepada calon lebih muda.
Puad berkata, keputusan itu bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya telah dipertimbangkan sejak setahun lalu sebelum dimaklumkan kepada Presiden UMNO dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor kira-kira dua minggu lepas.
Menurut beliau, faktor usia menjadi sebab utama untuk berundur daripada gelanggang pilihan raya selepas berkhidmat sebagai wakil rakyat Rengit selama lebih empat tahun.
“Pada saya tidak sesuai di usia tersebut mahu bertanding lagi di kerusi DUN. Onn Hafiz wajar diberi peluang memimpin barisan muda bertanding dan memimpin kerajaan negeri. Sepatutnya yang berusia 50 tahun ke bawah sahaja yang wajar bertanding di kerusi DUN,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau yang kini berusia 69 tahun berkata, sekiranya terus bertanding dan memegang jawatan untuk satu lagi penggal, usianya akan mencecah 74 tahun menjelang akhir tempoh tersebut.
Walaupun tidak lagi bertanding, Puad memaklumkan beliau telah mengemukakan beberapa cadangan berhubung ciri-ciri calon pelapis yang sesuai untuk menggantikannya di Rengit.
Katanya, calon berkenaan perlu mempunyai kelulusan akademik, berakhlak mulia, komited terhadap perjuangan parti serta memahami hala tuju bangsa dan negeri.
Beliau berharap Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi dapat mempertimbangkan cadangan itu dalam menentukan calon yang akan diketengahkan pada PRN kali ini.
Dalam pada itu, Puad berkata akan terus menyelesaikan beberapa tugasan penting di kawasan sebelum hari penamaan calon.
“Selama empat tahun lebih saya menjadi YB yang duduk di kawasan. Saya mengenali hati nurani rakyat Rengit,” katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada penduduk Rengit, penjawat awam, ketua-ketua kampung serta masyarakat Cina yang telah memberikan kerjasama sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai wakil rakyat.
PAS jangka PRU-16 mungkin diadakan hujung tahun
Bersatu kekal bertanding guna logo PN dalam PRN Johor, Negeri Sembilan: Muhyiddin
Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
Hakim sifatkan skandal 1MDB sebagai kleptokrasi terburuk dunia
Fahmi nasihat Ketua Pengarah J-Kom agar berhati-hati di media sosial
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar