Bersatu nafi bantah kemasukan Pejuang ke PN, bantah kemasukan PCM: Hilman

3 jam lalu · Politik

Bersatu menegaskan tidak pernah membantah kemasukan Parti Pejuang ke dalam Perikatan Nasional (PN), sebaliknya hanya menolak penyertaan Parti Cinta Malaysia (PCM) atas faktor berkaitan pematuhan undang-undang dan kestabilan gabungan tersebut.

Ketua Armada, Muhammad Hilman Idham berkata laporan sebuah akhbar bertarikh 24 Jun yang mendakwa lapan ahli Majlis Tertinggi PN membantah penyertaan PCM dan Pejuang adalah tidak tepat serta mengelirukan.

Menurutnya, keputusan menerima Pejuang sebagai parti anggota PN sebenarnya dibuat secara sebulat suara dan mendapat sokongan penuh daripada Bersatu.

“Bersatu dengan tegas menafikan dakwaan bahawa parti ini membantah kemasukan Pejuang ke dalam PN. Hakikatnya, keputusan menerima Pejuang sebagai parti anggota diputuskan secara sebulat suara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bantahan yang dibangkitkan oleh Bersatu hanya melibatkan permohonan PCM kerana terdapat persoalan berkaitan kesahihan proses permohonan yang dikemukakan.

Menurutnya, permohonan tersebut dibuat atas nama PCM, namun maklumat kepimpinan yang disertakan adalah atas nama Parti Wawasan Negara, sedangkan pertukaran nama parti dan perubahan kepimpinan berkenaan masih belum mendapat kelulusan rasmi daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

“Dalam keadaan sedemikian, penerimaan permohonan tersebut boleh menimbulkan pertikaian dari segi kesahihan organisasi yang memohon dan berpotensi mewujudkan konflik dalaman yang tidak perlu pada masa hadapan,” katanya.

Hilman turut menggesa laporan berkenaan diperbetulkan segera bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat serta memastikan integriti pemberitaan terus terpelihara.

Beliau berkata, setiap keputusan yang melibatkan hala tuju dan komposisi PN perlu dibuat secara telus, teratur serta berlandaskan undang-undang.

“Tiada mana-mana pihak, tanpa mengira kedudukan, boleh mengabaikan proses yang sepatutnya atau mengharapkan pengecualian daripada peraturan yang wajib dipatuhi oleh semua,” katanya.

Berita berkaitan
Tun Faisal dakwa Hamzah punca keretakan PN, PAS campur urusan dalaman Bersatu
7 jam lalu· Politik
Bersatu persoal keabsahan Mesyuarat Tertinggi PN, langgar kehendak RoS
21 jam lalu· Politik
Kecoh kenyataan awal dipadam, pengguna FB kantoikan tangkap layar akaun Samsuri
June 23, 2026· Politik
Tun Faisal gesa Samsuri lapor polis isu dua kenyataan media berbeza di FB
June 23, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Perangi rasuah bukan mudah, berdepan tentangan pelbagai pihak: PMX
June 24, 2026 · Politik
Puad diminta bertenang, Mat Maslan minta fokus bantu hadapi PRN Johor
June 24, 2026 · Politik
PRN Johor: Bekas ADUN Bersatu calon BN di Endau, Onn Hafiz kekal di Machap
June 24, 2026 · Politik
Mat Sabu hanya suarakan pandangan, bukan sindir sesiapa: Anwar
1 jam lalu · Politik
Pemuda MCA bidas DAPSY, dakwa tidak faham struktur pentadbiran FELDA
3 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok