SPRM mohon lucut hak RM170 juta dan 16kg emas terkait Ismail Sabri

July 3, 2025 · Politik

Lampu hijau diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melucutkan semua aset, termasuk wang tunai RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam ‘safehouse’ yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Kesembilan, Ismail Sabri Yaakob.

Tindakan melucut hak itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki yang akan dibuat pada masa terdekat, bagaimanapun berhubung pertuduhan jenayah terhadap Ismail Sabri pula bergantung kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) sama ada akan dituduh atau dibiarkan sahaja.

“Kes ini telah selesai dan kini bergantung kepada TPR untuk membuat sebarang pertuduhan jenayah yang membabitkan Datuk Seri Ismail Sabri.

“Setakat ini, TPR telah bersetuju supaya proses untuk melucut hak aset yang dirampas difailkan dalam tempoh satu hingga dua minggu lagi selepas afidavit dikemukakan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, hari ini.

Azam berkata, sekiranya Ismail Sabri memilih untuk mencabar permohonan berkenaan di mahkamah, perbicaraan akan dijalankan.

“Wang ini sekiranya berjaya dilucuthakkan, ia akan menjadi hasil kepada kerajaan. Itu yang diputuskan.

“Timbalan Pendakwa Raya belum memutuskan ada pertuduhan atau tidak, kita sudah siapkan kerja dan terpulang kepada mereka untuk menilainya,” katanya.

Menurut Azam, aset yang akan dilucut hak itu adalah seperti yang telah ditunjukkan kepada wartawan semasa sidang akhbar pada Mac lalu.

Ismail Sabri sebelum ini beberapa kali hadir di ibu pejabat SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan perbelanjaan serta perolehan dana untuk promosi dan publisiti program Keluarga Malaysia ketika tempoh perkhidmatannya sebagai perdana menteri dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Kes berkenaan disiasat mengikut peruntukan di bawah Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Berita berkaitan
SPRM tahan penjawat awam terbabit kes rasuah RM30 juta libat cukai taksiran
October 21, 2026· Isu semasa
Mahkamah Rayuan kekal arahan Jovian bayar RM10 juta
October 20, 2026· Isu semasa
RM4.3 bilion aset mafia korporat dibekukan sejak 2022: PMX
October 20, 2026· Isu semasa
PMX: Tiada campur tangan dalam siasatan Zetrix AI, FELDA
October 20, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
11 jam lalu · Politik
Mahkamah gantung notis batal pendaftaran PN
19 jam lalu · Politik
12 tuntutan MA63 dalam empat tahun berjaya diselesaikan: Mustapha
19 jam lalu · Politik
Isu DAP: Amanah minta PAS hentikan politik sentimen
19 jam lalu · Politik
Adly: PH tidak tanding semua kerusi di Melaka
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok