Zahid yakin UMNO dapat rampas kerusi dimenangi PAS dan Bersatu

July 5, 2025 · Politik

Kerusi Parlimen yang dimenangi Bersatu dan PAS diyakini mampu dirampas semula pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), kata Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata kerusi-kerusi tersebut yang sebelum ini ditandingi mereka tetapi kalah semasa PRU lepas akan dapat dirampas sekiranya laluan diberikan kepada Barisan Nasional (BN) untuk bertanding semula nanti.

“Kerusi-kerusi itu akan kembali ditandingi calon UMNO dalam PRU akan datang. Cuba kalau kita bersama Bersatu atau PAS, kerusi mana yang dia nak beri kita,” katanya semasa Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading di Dewan Orang Ramai Parit Raja hari ini.

Zahid berkata, realiti politik hari ini adalah berbeza dan UMNO dibantu rakan-rakan dalam Pakatan Harapan (PH) untuk menang dalam pilihan raya.

Katanya, UMNO hanya ada 26 kerusi manakala selebihnya disumbang komponen BN dan sekiranya BN bertanding menentang Bersatu dan PAS secara bersendirian, parti itu akan rugi.

Jelasnya, atas dasar tersebut BN dan UMNO perlukan kerjasama politik dan pada masa sama meminta semua pihak tidak terpengaruh dengan naratif UMDAP dimainkan pihak tertentu.

“Kemenangan kita hari ini bukan sebab kita hebat tapi kerana kita dibantu oleh rakan PH dan parti lain. Saya tahu, ramai yang tak setuju, tapi itulah hakikatnya.

“Akhir kata, ini bukan tentang saya… ini tentang UMNO. Kita bangkit bukan sebab seorang tetapi kerana seluruh ahli dan kepimpinan yang setia,” katanya lagi.

Mengenai permintaan UMNO bahagian itu yang mahu kerusi Parlimen Sri Gading Gading yang kini disandang Parti Amanah diserahkan kepada parti itu pada PRU-16, Zahid bersetuju cadangan tersebut.

Namun Zahid secara berseloroh berkata, perkara itu diserahkan kepada Pengerusi UMNO Johor, Onn Hafiz Ghazi.

Katanya, Onn Hafiz perlu mencari kawasan lain untuk diberi kepada Amanah.

Berita berkaitan
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
10 jam lalu· Politik
Runding kerusi parti komponen PH mesti ikut saluran rasmi: Saifuddin Nasution
10 jam lalu· Politik
Ketua Bersatu Pahang ditamatkan khidmat, didakwa sokong Hamzah
20 jam lalu· Politik
Ganti Ketua Pembangkang baharu perlu perbincangan menyeluruh: Hadi
20 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Isu PRN Melaka: MP DAP dan Akmal bertikam lidah
20 jam lalu · Politik
Amanah kritik cadangan PAS tangani krisis ekonomi tak realistik
April 15, 2026 · Politik
PN kena segera lantik Ketua Pembangkang, sokong sesiapa saja calon PAS: Muhyiddin
April 15, 2026 · Politik
Akmal bidas DAP Kota Melaka cadangkan isytihar darurat tangguh PRN
April 15, 2026 · Politik
Puad sokong PRN Johor diadakan lebih awal, yakin UMNO-BN berpeluang cerah
April 15, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok