PRN NS: Manivanan letak isu air, jalan sebagai misi utama di Jeram Padang

July 21, 2026 · Politik

Masalah bekalan air yang berlarutan di beberapa kawasan di Jeram Padang menjadi antara keutamaan calon Pakatan Harapan (PH), G Manivanan, sekiranya diberi mandat mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Beliau berkata, usaha menyelesaikan isu air bersih perlu dipercepat kerana ia melibatkan keperluan asas rakyat, selain memberi perhatian kepada kerja menaik taraf jalan raya, bekalan elektrik, liputan internet serta kemudahan awam.

“Isu bekalan air akan menjadi antara fokus utama saya. Penduduk tidak sepatutnya terus berdepan gangguan sehingga empat atau lima hari tanpa bekalan air,” katanya selepas Program Ziarah Kasih bersama Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil di Felda Palong 2, pada Isnin.

Menurut Manivanan, penduduk di Sungai Raya antara yang paling terkesan akibat gangguan bekalan air sejak kebelakangan ini, manakala beberapa kawasan lain pula sering mengalami tekanan air rendah dan bekalan tidak menentu.

“Saya komited membawa perkara ini kepada pihak berkaitan supaya penyelesaian dapat disegerakan dan penduduk menikmati bekalan air yang stabil serta berkualiti,” katanya.

Beliau berkata, pembangunan di Jeram Padang tidak boleh hanya tertumpu kepada kawasan bandar, sebaliknya perlu merangkumi penempatan Felda, Felcra, kampung tradisional, taman perumahan serta perkampungan Orang Asli.

Katanya, kemudahan seperti balai raya, taman rekreasi, gelanggang sukan, sistem perparitan dan lampu jalan juga akan dipertingkat mengikut keperluan penduduk di setiap lokaliti.

Dalam perkembangan sama, Manivanan memaklumkan beberapa projek penggantian paip di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah diluluskan bagi membantu mengatasi masalah bekalan air di kawasan itu.

Antara projek terlibat ialah penggantian paip dari Loji Rawatan Air Kuala Jelai ke Rompin sepanjang 15 kilometer, penggantian paip di jajaran outlet Kolam Felda Palong 1 sepanjang empat kilometer serta penggantian paip di Jalan Kesuma, Felda Palong 1 sepanjang 1.3 kilometer yang kini berada di peringkat reka bentuk.

Selain itu, beberapa cadangan penyambungan paip di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) turut dirancang melibatkan Kampung Sungai Kelebang, Kampung Sungai Raya, Kampung Sungai Temarom, Kampung Lubuk Temenggalan dan Kampung Jeram Padang.

“Saya akan memantau pelaksanaan semua projek ini supaya dapat disiapkan secepat mungkin. Pelaburan dalam infrastruktur bukan sahaja meningkatkan keselesaan hidup rakyat, malah mampu merangsang ekonomi setempat dan membuka peluang baharu kepada generasi akan datang,” katanya.

Berita berkaitan
Fahmi: Politik kebencian dan sentimen perkauman tak selesaikan masalah rakyat
1 jam lalu· Politik
14 kertas siasatan dibuka sepanjang kempen PRN Negeri Sembilan
2 jam lalu· Politik
BN tidak kompromi isu perkauman walau ada kerjasama politik: Zambry
2 jam lalu· Politik
Kempen masuk minggu kedua, Aminuddin fokus dekati pengundi seramai mungkin
2 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Calon PH DUN Ampangan tumpu penyelenggaraan infrastruktur
July 26, 2026 · Politik
Fahmi: Politik sepatutnya menyatupadukan rakyat, tindakan pemimpin PAS dikritik
13 jam lalu · Politik
Selepas BN enggan kongsi manifesto, PN tampil dengan tawaran sendiri
13 jam lalu · Politik
Aminuddin dakwa manifesto BN tiru tawaran PH, salin dan tukar sahaja
13 jam lalu · Politik
BN-PN tak tergesa-gesa bentuk gabungan, UMNO berhati-hati dengan PAS
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
18 jam lalu
[VIDEO] Zahid: Elok Sanusi balik Kedah, tak perlu lagi berkempen di NS
23 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok