Malaysia tekankan sistem ekonomi global yang saksama dalam BRICS: PMX

July 7, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim memberi penekanan supaya BRICS perlu memainkan peranan sebagai sebuah organisasi yang akan menjamin kemaslahatan ekonomi global yang saksama disamping memastikan persekitaran digital yang selamat.

Perdana Menteri menyatakan pendirian Malaysia yang sedia bekerjasama dengan BRICS untuk memastikan reformasi sistem perdagangan global yang lebih adil, terbuka dan berpaksikan pembangunan.

“Malaysia bersedia untuk bekerjasama rapat dengan BRICS dan negara-negara rakan bagi membentuk sebuah sistem ekonomi global yang lebih saksama, persekitaran digital yang selamat dan diyakini serta multilateralisme yang benar-benar berfungsi demi masa depan bersama umat manusia,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Sementara itu, menurut Anwar, Malaysia berpendirian tegas bahawa masa depan dunia tidak harus dibelenggu oleh pertembungan blok atau perpecahan geopolitik.

Sebaliknya, ujar beliau, ia perlu dibentuk melalui semangat kerjasama, perkongsian kemakmuran dan komitmen kolektif terhadap masa depan digital yang adil, selamat dan inklusif untuk semua.

Tambahnya, beliau memandang serius senario pertembungan ‘geopolitics of tech’ atau teknologi berpaksikan kuasa geopolitik yang membawa risiko terhadap inovasi dan kestabilan bermasyarakat dan bernegara.

Ujarnya, multilateralisme kini bukan lagi satu pilihan, tetapi merupakan keperluan mutlak untuk menjamin kestabilan global, keadilan ekonomi dan kedaulatan negara-negara membangun agar tidak terus terpinggir dalam arus peralihan geopolitik dan teknologi.

“Dalam menghadapi realiti ini, Malaysia memilih jalan kerjasama yang berprinsip, bukan konfrontasi, selaras dengan prinsip keadilan, keterangkuman dan kedaulatan sejagat,” katanya.

Selain itu, Anwar juga menggesa dunia supaya tidak terus membisu terhadap jenayah kemanusiaan yang berlaku di Gaza dan kekejaman terhadap rakyat Iran.

Ujarnya lagi, Malaysia juga menyambut baik kenyataan BRICS yang menekankan tadbir urus AI berasaskan nilai etika dan kesejahteraan sejagat.

Malah, ujar beliau, Malaysia sendiri telah melancarkan Pelan Hala Tuju AI Negara serta Garis Panduan Tadbir Urus AI dan kini memimpin inisiatif penubuhan jaringan Asean AI bagi memperkukuh keupayaan, ketelusan dan piawaian serantau dalam teknologi canggih itu.

Menurut Anwar, perkara itu antara yang dibangkitkan beliau pada sesi intervensi pada hari pertama Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS di Rio De Janeiro, Brazil, semalam.

Berita berkaitan
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
2 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Ekonomi meningkat, masalah kos sara hidup rakyat tak diabaikan
2 jam lalu· Isu semasa
Peguam kelahiran Malaysia dilantik ketua rangkaian guaman global
October 23, 2026· Isu semasa
Anwar: Waze mungkin diharamkan demi keselamatan negara
October 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
1 jam lalu · Isu semasa
Kapal bawa ketamin RM785 juta milik syarikat Malaysia: Polis
1 jam lalu · Isu semasa
23 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi setakat 4 petang
2 jam lalu · Isu semasa
Jangan serah keselamatan digital anak kepada platform semata-mata
6 jam lalu · Isu semasa
Dana Inovasi Media: Fahmi mahu AI bantu wartawan, bukan ganti mereka
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok