Retorik ‘penyatuan ummah’ sudah terbukti gagal

July 24, 2026 · Politik

Pakatan Harapan (PH) menyifatkan cadangan kerjasama antara PAS dan UMNO atas nama ‘penyatuan ummah’ sebagai pendekatan yang sudah beberapa kali dicuba tetapi gagal.

Pengarah Pilihan Raya PH, Amirudin Shari berkata kerjasama itu bukan perkara baharu kerana pernah berlaku dalam beberapa episod politik negara, namun tidak bertahan.

“Ketiga-tiga detik percubaan ini gagal dengan begitu dahsyat dan akan gagal sekali lagi kerana tabiat yang ditampilkan oleh beberapa pihak parasit politik ini tiada prinsip, miskin maruah, tamak kuasa dan bakal menghadapi gelagat pengkhianatan apabila nafsu politik tidak tercapai,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Amirudin, percubaan menyatukan PAS dan UMNO pernah berlaku ketika PAS menyertai Barisan Nasional (BN) pada 1972, selepas Pilihan Raya Umum 2008 dan selepas kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum 2018.

Beliau turut mempersoalkan dakwaan penyatuan politik berasaskan Melayu dan Islam mampu menyelesaikan masalah rakyat dengan merujuk kepada negeri-negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN).

“Kalau betul ‘penyatuan ummah’ boleh menyelesaikan semua masalah rakyat dan memajukan ekonomi, rakyat di negeri Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis sepatutnya sudah hidup jauh lebih selesa dan mempunyai pendapatan lebih tinggi berbanding penduduk di Tokyo, Dubai dan Doha,” katanya.

Beliau mendakwa penduduk di negeri terbabit masih memilih berhijrah ke Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang untuk mendapatkan peluang pekerjaan dan kehidupan yang lebih baik.

Amirudin juga mengingatkan BN supaya tidak memandang ringan kerjasama dengan PN kerana mendakwa gabungan itu akhirnya akan didominasi oleh parti berkenaan.

“Barisan Nasional perlu menyedari hakikat ini kerana tidak lama lagi mereka akan cuba ditelan oleh Perikatan Nasional. Tanda-tanda PN ingin mendominasi BN sudahpun ada dengan ungkapan Perikatan Barisan Nasional,” katanya.

Beliau berkata model kerjasama PH dalam Kerajaan Perpaduan telah membuktikan manfaatnya menerusi pelbagai dasar dan bantuan yang dinikmati rakyat di negeri-negeri ditadbir PH serta di peringkat Persekutuan.

“Prestasi dan komitmen Pakatan Harapan bukan janji. Ini adalah bukti yang telah dinikmati oleh rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan kini di peringkat Persekutuan.

“Golongan susah diberikan bantuan kewangan bagi mengatasi kos sara hidup, Islam terus subur di samping agama lain diamalkan secara aman, generasi muda menerima peluang pendidikan serta pekerjaan berkualiti tinggi, keluarga menikmati rumah mampu milik, manakala warga emas disokong atas jasa kepada negeri dan negara,” katanya.

Berita berkaitan
BN tidak kompromi isu perkauman walau ada kerjasama politik: Zambry
5 jam lalu· Politik
Fahmi: Politik sepatutnya menyatupadukan rakyat, tindakan pemimpin PAS dikritik
15 jam lalu· Politik
Selepas BN enggan kongsi manifesto, PN tampil dengan tawaran sendiri
16 jam lalu· Politik
Aminuddin dakwa manifesto BN tiru tawaran PH, salin dan tukar sahaja
16 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PAS yang patut keluar PN, bukan Bersatu
2 jam lalu · Politik
Sanusi memang gemar keluar kenyataan pelik
2 jam lalu · Politik
Aminuddin minta buktikan mana projek PH yang tertinggal
3 jam lalu · Politik
Calon PH DUN Ampangan tumpu penyelenggaraan infrastruktur
3 jam lalu · Politik
Fahmi: Politik kebencian dan sentimen perkauman tak selesaikan masalah rakyat
4 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Politik kebencian dan sentimen perkauman tak selesaikan masalah rakyat
3 jam lalu
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok