PH yakin kekal kuasai DUN Pilah, namun enggan alpa

July 25, 2026 · Politik

Pakatan Harapan (PH) optimis mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan susulan sentimen positif yang ditunjukkan pengundi terhadap calon parti itu.

Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata hasil tinjauan dan maklum balas yang diperoleh di lapangan menunjukkan pengundi menghargai rekod perkhidmatan penyandang kerusi itu, Noorzunita Begum Mohd Ibrahim serta usaha berterusan jentera parti di peringkat akar umbi.

“Sebelum sampai di Kuala Pilah pun kita sudah buat analisis dan pertemuan di lapangan. Sentimen atau penerimaan pengundi di sini terhadap calon kita adalah tinggi.

“Namun kita tidak boleh terlalu yakin atau selesa. Kerja-kerja kempen dan khidmat kepada rakyat mesti diteruskan secara berterusan. Insya-ALLAH DUN Pilah ini akan dapat kita pertahankan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas turun berkempen membantu Noorzunita di sekitar Pekan Kuala Pilah, hari ini.

Beliau berkata, prestasi ekonomi Negeri Sembilan yang mencatat pelaburan RM19 bilion serta rizab kerajaan negeri melebihi RM1 bilion membuktikan pentadbiran negeri berada di landasan kukuh dan wajar diteruskan.

Menurutnya, antara keutamaan pembangunan di Kuala Pilah ialah menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti kepada golongan Gen Z supaya mereka dapat membina kerjaya tanpa perlu berhijrah ke kawasan lain.

“Kuala Pilah mempunyai potensi besar. Walaupun limpahan ekonomi sesetengah kawasan berlaku secara tidak langsung, kita sentiasa merangka strategi untuk menarik pelaburan baharu dan meluaskan pembangunan ekonomi secara lebih saksama ke seluruh Negeri Sembilan,” katanya.

Terdahulu, Tengku Zafrul bersama Noorzunita mengadakan tinjauan mesra dengan bertemu penduduk setempat bagi mendengar pandangan, cadangan serta isu pembangunan yang menjadi keutamaan mereka.

Sementara itu, Noorzunita berkata kempen yang memasuki hari kelapan menyaksikan jenteranya sudah menyantuni sebahagian besar kawasan penempatan dan akan memberi tumpuan kepada kampung tradisi sepanjang minggu depan.

“Hampir keseluruhan kawasan telah kita masuk. Minggu depan fokus utama kita ialah turun ke kawasan kampung-kampung bagi memastikan setiap lapisan masyarakat disantuni dan mendengar visi pembangunan yang akan kita bawakan,” katanya.

Beliau turut berharap pengundi terus memberi sokongan kepada PH sambil berjanji memperjuangkan isu kebajikan rakyat, terutama melibatkan peluang pekerjaan untuk belia, pendidikan dan kebajikan warga emas.

Pada PRN Negeri Sembilan kali ini, Noorzunita yang mewakili PKR berdepan calon Barisan Nasional (BN), S. Leza Md. Yasin bagi merebut kerusi DUN Pilah.

Pengundian awal dijadualkan berlangsung pada 28 Julai, manakala hari pengundian ditetapkan pada 1 Ogos.

 

Berita berkaitan
PRN Melaka: PH sedia jalan sendiri jika BN tak berminat kerjasama
15 jam lalu· Politik
Pengampunan Najib: PH tegaskan tiada siapa mengatasi undang-undang
September 18, 2026· Politik
PH panggil mesyuarat petang ini, isu kedudukan BN dijangka dibincang: Laporan
September 18, 2026· Politik
Guan Eng: Jangan takut berdepan UMNO
September 16, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Krisis takhta NS, Syahredzan nasihat jangan cabar institusi Raja sesuka hati
2 jam lalu · Politik
Ab Rauf titip tiga pesan sebelum DUN Melaka dibubar
2 jam lalu · Politik
PUTRA lapor polis, dakwa Exco Negeri Sembilan ganggu institusi Raja
2 jam lalu · Politik
Amanah mahu MB Negeri Sembilan bubar DUN
10 jam lalu · Politik
Ahli PAS digesa utamakan dana kompleks parti, bukan tabung Najib: Iskandar
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok