Prestasi ekonomi bukti PH wajar terus pimpin Negeri Sembilan

2 jam lalu · Politik

Prestasi ekonomi Negeri Sembilan sepanjang dua penggal pentadbiran Pakatan Harapan (PH) menjadi antara alasan utama pengundi perlu terus memberi mandat kepada gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini.

Setiausaha Agung Amanah, Faiz Fadzil berkata pertukaran kerajaan negeri ketika pelbagai projek pembangunan sedang dilaksanakan boleh menjejaskan keyakinan pelabur serta momentum pertumbuhan ekonomi yang dicapai sejak 2018.

“Setiap undi untuk UMNO-PAS dalam PRN Negeri Sembilan Sabtu ini ibarat menekan ‘gear undur’ bagi ekonomi negeri. Rekod pencapaian PAS di Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah, serta rekod UMNO di Negeri Sembilan sebelum 2018 menjadi bukti mengapa PH perlu dikekalkan menerajui pentadbiran negeri,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Faiz berkata, sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada 2018, saiz ekonomi Negeri Sembilan berkembang daripada RM45.7 bilion kepada RM55.8 bilion pada 2025, sekali gus menjadi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tertinggi dalam sejarah negeri.

Menurutnya, Negeri Sembilan turut merekodkan pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah pada 2025 dengan nilai RM19.1 bilion, jauh melepasi sasaran awal RM10 bilion.

Beliau berkata, sepanjang tempoh 2021 hingga 2025, negeri itu berjaya memperoleh pelaburan diluluskan berjumlah RM51.1 bilion yang dijangka mewujudkan lebih 19,000 peluang pekerjaan termasuk dalam sektor berkemahiran tinggi.

Dalam tempoh sama, pelaburan asing berjumlah RM22.9 bilion turut dibawa masuk hasil kerjasama kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.

“Kutipan hasil Negeri Sembilan meningkat daripada RM413 juta pada 2017 kepada RM785 juta pada 2025, jauh melepasi sasaran asal RM590 juta.

“ Kerajaan negeri juga mencatatkan lebihan pendapatan selama empat tahun berturut-turut,” katanya.

Faiz turut berkata, Negeri Sembilan mencipta satu lagi rekod apabila rizab tunai negeri buat pertama kali melepasi RM1 bilion dengan jumlah RM1.035 bilion.

Katanya, kesinambungan pentadbiran PH juga penting bagi memastikan projek Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV 2.0) terus dipacu melalui enam zon ekonomi yang memberi tumpuan kepada industri bernilai tinggi bagi merangsang pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan.

“KDNK Negeri Sembilan dijangka hampir berganda menjelang 2040. Namun, sasaran itu memerlukan pentadbiran yang memahami keperluan pelabur, dunia perniagaan dan sosioekonomi rakyat.

“Penukaran kerajaan negeri berisiko menjejaskan prospek kemajuan ekonomi negeri,” katanya.

PRN Negeri Sembilan diadakan bagi memilih 36 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang akan membentuk kerajaan negeri baharu.

Tempoh berkempen kini memasuki hari terakhir sebelum pengundi menunaikan tanggungjawab mereka, esok.

 

Berita berkaitan
PRN NS: PH sasar menang minimum 19 kerusi
1 jam lalu· Politik
PRN NS: SPRM terima empat aduan dakwaan politik wang
2 jam lalu· Isu semasa
KDN tunggu hasil siasatan isu ucapan Sanusi
21 jam lalu· Isu semasa
Laporan RCI Tabung Haji tamparan buat umat Islam, buka mata rakyat
21 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
PRN NS: Pengundi atas pagar, lapan kerusi marginal penentu kemenangan esok
July 31, 2026 · Politik
AGC jamin siasatan RCI Tabung Haji bebas pengaruh politik, tiada kompromi
3 jam lalu · Politik
859,750 pengundi Negeri Sembilan tentukan nasib 36 kerusi DUN esok
3 jam lalu · Politik
Bersatu dakwa PAS guna logo PN sekadar ‘topeng’ untuk tarik undi bukan Melayu
3 jam lalu · Politik
Syed Saddiq: RCI TH bukan lesen bersihkan pemimpin terdahulu meskipun tiada ‘sakau’
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] NGO Melayu N9 seru rakyat pertahan kestabilan dan agenda pembangunan, tolak fitnah dan sentimen kaum
July 31, 2026
[VIDEO] Jangan guna laporan RCI untuk bersihkan pemimpin salah tadbir TH walaupun tiada ‘sakau’
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok