Laporan RCI Tabung Haji tamparan buat umat Islam, buka mata rakyat

4 jam lalu · Isu semasa

Pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) disifatkan sebagai tamparan kepada umat Islam, susulan penemuan berkaitan salah tadbir urus dan unsur penyelewengan dalam pengurusan institusi itu.

Ahli Jawatankuasa Pimpinan Amanah, Faiz Fadzil berkata penemuan tersebut amat mendukacitakan kerana TH merupakan institusi yang dibina hasil simpanan umat Islam untuk menunaikan ibadah haji serta antara syarikat milik orang Melayu yang menjadi kebanggaan negara.

“Tabung Haji adalah milik orang Melayu Islam yang bekerja keras mencari rezeki untuk menyimpan wang dan Tabung Haji juga adalah syarikat milik Melayu Islam yang cukup maju di dunia.

“Kebanggaan umat Melayu Islam kini luntur akibat perbuatan segelintir orang Melayu Islam sendiri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Faiz turut mempersoalkan sikap pihak yang sering membawa slogan ‘penyatuan umat’, namun didakwanya tidak bersuara apabila isu salah tadbir urus TH didedahkan.

“Jelas sekali ‘penyatuan umat’ adalah untuk meraih kuasa dan bukannya membela Melayu dan mengangkat martabat Islam. Islam melarang penyelewengan, tetapi ia bukan perjuangan ‘penyatuan umat’,” katanya.

Beliau berkata, laporan RCI turut mengiktiraf pelan pemulihan TH yang dilaksanakan ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH), sambil mengingatkan orang ramai supaya menilai sesuatu isu berdasarkan fakta dan bukannya sentimen perkauman.

Menurutnya, usaha memulihkan TH ketika itu turut melibatkan Kementerian Kewangan yang diterajui Lim Guan Eng.

Faiz berkata, walaupun terdapat pihak mendakwa laporan RCI tidak mendedahkan perlakuan jenayah secara khusus, laporan tersebut tetap mengandungi penemuan mengenai kerugian pelaburan membabitkan beberapa anak syarikat TH yang memerlukan siasatan lanjut.

“Jelas dinyatakan di dalam laporan tersebut berlaku kerugian pelaburan oleh beberapa anak syarikat Tabung Haji yang memerlukan siasatan lanjut oleh pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sekali gus menunjukkan wujud unsur-unsur jenayah.

“RCI tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengenal pasti bentuk kesalahan jenayah secara khusus atau pelakunya. Perkara ini terletak di bawah bidang kuasa polis dan SPRM,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SPRM menjalankan siasatan secara menyeluruh dan segera supaya keyakinan pendeposit, khususnya umat Islam, terhadap TH dapat dipulihkan.

Kerajaan sebelum ini mendedahkan Laporan RCI berkaitan pengurusan dan tadbir urus TH yang mengandungi pelbagai penemuan serta syor penambahbaikan.

Susulan laporan itu, kerajaan turut mengarahkan pihak berkuasa menyiasat sebarang unsur salah guna kuasa, penyelewengan atau pelanggaran undang-undang yang dikenal pasti.

Berita berkaitan
RCI TH didedah ikut proses, tunggu persetujuan Kabinet nyahklasifikasi: Fahmi
July 30, 2026· Politik
RCI Tabung Haji bukti politik perlu berasaskan fakta
4 jam lalu· Uncategorized
Anwar mahu episod kerugian Tabung Haji tidak berulang
4 jam lalu· Isu semasa
Tabung Haji bayar bonus besar RM220 juta ketika defisit: RCI
6 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kenyataan fitnah, Anwar tuntut Tuan Ibrahim mohon maaf
July 30, 2026 · Isu semasa
KDN tunggu hasil siasatan isu ucapan Sanusi
4 jam lalu · Isu semasa
Kes hantaran palsu: Papagomo perlu bela diri September ini
6 jam lalu · Isu semasa
MCMC, LLM berganding bahu atasi kawasan internet lemah di lebuh raya negara
6 jam lalu · Isu semasa
Laporan RCI TH buktikan tuduhan terhadap saya tidak benar : Mujahid
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
Altimet gesa tumpuan diberi kepada nasib pendeposit Tabung Haji
1 jam lalu
[VIDEO] Jangan tertipu ‘cium mulut’ BN dan PAS, jangan beri satu undi pun kepada UMNO
July 29, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok