PH nafi beri wang kepada pengundi di PRN Negeri Sembilan

July 31, 2026 · Politik

Pakatan Harapan (PH) menafikan sebarang pembabitan dalam kegiatan pemberian wang kepada pengundi sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sambil menegaskan amalan itu bukan budaya gabungan berkenaan.

Pengarah Pilihan Raya PH, Amirudin Shari berkata, PH tidak pernah menggunakan wang sebagai kaedah berkempen, sama ada secara rasmi atau melalui mana-mana pihak.

“Kita tidak pernah terbabit dan tidak tahu-menahu mengenai operasi itu.

“Sepanjang pilihan raya di Johor dan pilihan raya sebelum ini, sama ada membabitkan kerajaan negeri atau kerajaan pusat, kita bergerak dengan keupayaan dan kemampuan sebagaimana yang dilaksanakan dalam PRN atau Pilihan Raya Kecil,” katanya kepada pemberita.

Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, amalan menawarkan wang kepada pengundi tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana parti politik kerana ia boleh menjejaskan integriti proses demokrasi.

Beliau mengulas dakwaan Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias yang mendakwa beberapa individu menerima wang daripada individu yang dikatakan bertindak sebagai ‘broker’ politik parti lawan.

Bagaimanapun, Amirudin menegaskan PH tidak mempunyai sebarang kaitan dengan dakwaan itu dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan sekiranya terdapat sebarang laporan atau bukti.

PRN Negeri Sembilan menyaksikan persaingan sengit antara PH-BN dan Perikatan Nasional (PN) bagi merebut 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sepanjang tempoh kempen, pelbagai isu dibangkitkan termasuk kos sara hidup, pembangunan negeri serta dakwaan berkaitan salah laku pilihan raya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengingatkan semua parti dan calon supaya mematuhi undang-undang pilihan raya, termasuk larangan memberi atau menjanjikan sebarang bentuk habuan kepada pengundi yang boleh dianggap sebagai perbuatan rasuah pilihan raya.

 

Berita berkaitan
Mahfuz persoal Hadi arah pengundi PAS undi BN
July 31, 2026· Politik
Anwar rayu rakyat Negeri Sembilan pilih kestabilan
1 jam lalu· Politik
AMK: Jika bermain dua kolam bersama PN, keluar sahaja kerajaan Selangor
2 jam lalu· Politik
PRN NS: Pengundi atas pagar, lapan kerusi marginal penentu kemenangan esok
3 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PRN NS: PH sasar menang minimum 19 kerusi
4 jam lalu · Politik
Prestasi ekonomi bukti PH wajar terus pimpin Negeri Sembilan
4 jam lalu · Politik
AGC jamin siasatan RCI Tabung Haji bebas pengaruh politik, tiada kompromi
5 jam lalu · Politik
859,750 pengundi Negeri Sembilan tentukan nasib 36 kerusi DUN esok
5 jam lalu · Politik
Bersatu dakwa PAS guna logo PN sekadar ‘topeng’ untuk tarik undi bukan Melayu
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] NGO Melayu N9 seru rakyat pertahan kestabilan dan agenda pembangunan, tolak fitnah dan sentimen kaum
3 jam lalu
[VIDEO] Jangan guna laporan RCI untuk bersihkan pemimpin salah tadbir TH walaupun tiada ‘sakau’
5 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok