Lapan penerbangan dilencongkan selepas insiden helikopter di Subang

August 15, 2026 · Isu semasa

Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang dibuka semula pada jam 2.57 petang hari ini selepas ditutup susulan kebakaran sebuah helikopter.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Norazman Mahmud, mengesahkan pembukaan semula landasan itu.

“Landasan sudah dibuka semula jam 2.57 petang,” katanya dipetik laporan BH.

Menurut Norazman, penutupan sementara landasan menyebabkan lapan penerbangan masuk dilencongkan ke lapangan terbang lain, manakala tiga penerbangan ditahan daripada berlepas.

Insiden berlaku kira-kira jam 12.28 tengah hari di Laluan Pesawat Viktor, iaitu laluan pergerakan pesawat dalam kawasan operasi lapangan terbang dan bukan di landasan utama.

CAAM sebelum ini memaklumkan semua penerbangan keluar dan masuk di LTSAAS ditangguhkan sehingga diberitahu kelak susulan kejadian itu.

Penumpang turut dinasihatkan menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai penerbangan mereka.

Kebakaran membabitkan sebuah helikopter Kamov Ka-32S dengan nombor pendaftaran Ukraine, UR-CIT. Helikopter itu dilaporkan sedang menjalani pengujian enjin di darat sebagai sebahagian daripada kerja penyelenggaraan apabila kejadian berlaku.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 12.30 tengah hari dan jentera tiba di lokasi empat minit kemudian.

Setakat ini, punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan. Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan akan menjalankan siasatan mengikut Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Pembukaan semula landasan membolehkan operasi penerbangan di LTSAAS disambung selepas hampir tiga jam terganggu akibat insiden berkenaan.

Berita berkaitan
Wong Chen umum letak jawatan Ahli Parlimen Subang
August 10, 2026· Politik
Wong Chen ditamatkan khidmat sebagai Pengerusi MDV hujung Mei ini
May 27, 2026· Politik
Nahas helikopter Kalimantan Barat: Rakyat Malaysia terkorban dikenal pasti
April 18, 2026· Isu semasa
MP PKR cadang Tun Maimun sertai jawatankuasa siasat isu saham Azam Baki
February 14, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit terus mengukuh, data ekonomi jadi pemangkin
August 24, 2026 · Isu semasa
JMF buat penampilan sulung, meriahkan Hari Kebangsaan: Fahmi
August 24, 2026 · Isu semasa
Lapan termasuk pempengaruh direman kes tutup lebuh raya untuk lumba haram
August 24, 2026 · Isu semasa
Insiden bom Selatan Thailand, rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan
20 jam lalu · Isu semasa
Kos sara hidup, pelaburan jadi fokus Belanjawan 2027: Fahmi
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok