Afdlin cadang ketua cabang PKR dinamakan calon PRU, persediaan lebih awal

August 15, 2026 · Politik

Ketua Cabang PKR Setiawangsa, Afdlin Shauki Aksan mencadangkan supaya ketua cabang parti itu dinamakan lebih awal sebagai calon Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurutnya, langkah berkenaan membolehkan pemimpin di peringkat cabang mula bekerja lebih awal untuk mendapatkan kepercayaan pengundi di kawasan masing-masing.

Afdlin ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Kongres Nasional Keadilan hari ini berkata, cadangan itu mungkin dilihat radikal, namun wajar dipertimbangkan sebagai strategi menghadapi PRU akan datang.

“Usul saya ini agak radikal iaitu namakan ejen-ejen, iaitu ketua-ketua cabang sebagai calon PRU,” katanya ketika mewakili Wilayah Persekutuan dalam perbahasan.

Beliau berkata, keputusan menamakan ketua cabang sebagai calon tidak semestinya bersifat kekal kerana prestasi mereka masih boleh dinilai sebelum pilihan raya.

“Kalau dalam masa setahun lebih ini mereka tak berfungsi, tukar. Kalau mereka tak boleh buat, tukar.

“Tapi namakan mereka dulu sebagai calon supaya mereka boleh buat kerja, mereka mendapat kepercayaan oleh rakyat dan mungkin dapat bantuan daripada mereka yang ingin membantu,” katanya.

Menurut Afdlin, pendekatan itu juga dapat membantu PKR membina gerakan politik yang lebih dipercayai rakyat, bukan sekadar bergantung kepada kempen atau retorik politik.

“Bukan gerakan yang paling bising, bukan gerakan yang paling pandai memainkan ketakutan, tetapi gerakan yang paling dipercayai,” katanya.

Dalam ucapannya, Afdlin turut menyatakan kesediaan anggota PKR untuk terus mendukung perjuangan parti dan agenda reformasi yang menjadi antara asas penubuhan parti berkenaan.

Dalam keadaan sebak, beliau berkata perjuangan reformasi perlu diteruskan dengan fokus kepada usaha membina negara dan memperbaiki kehidupan rakyat.

“Bagi kami amanah, bagi kami ke depan. Perjuangan kita bukan sekadar untuk melawan, perjuangan kita adalah untuk membina,” katanya.

Cadangan itu dibuat ketika PKR terus memperkukuh jentera parti di peringkat cabang sebagai persediaan menghadapi PRU akan datang.

Penamaan calon lebih awal boleh memberi ruang kepada pemimpin setempat mengenali isu kawasan, mendekati pengundi dan membina rekod kerja sebelum tempoh pilihan raya bermula.

Berita berkaitan
PKR Negeri Sembilan pertahan keputusan Tuanku Muhriz, persoal tindakan Exco
13 jam lalu· Politik
PKR Kedah tolak gesaan supaya bubar Parlimen awal
September 20, 2026· Politik
AMK: Pengampunan tidak padam rekod 1MDB yang pernah disakau Najib
September 18, 2026· Politik
AMK: MB, Exco digesa letak jawatan kerana derhaka terhadap Yang di-Pertuan Besar
September 17, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Krisis takhta NS, Syahredzan nasihat jangan cabar institusi Raja sesuka hati
3 jam lalu · Politik
Ab Rauf titip tiga pesan sebelum DUN Melaka dibubar
3 jam lalu · Politik
PUTRA lapor polis, dakwa Exco Negeri Sembilan ganggu institusi Raja
3 jam lalu · Politik
Amanah mahu MB Negeri Sembilan bubar DUN
10 jam lalu · Politik
Ahli PAS digesa utamakan dana kompleks parti, bukan tabung Najib: Iskandar
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok