Kes scam..
Tawaran pelaburan dengan modal serendah RM350 dan janji pulangan sehingga RM50,000 dalam tempoh 24 jam akhirnya menyebabkan seorang lelaki berusia 58 tahun kerugian RM100,000.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, mangsa mula tertarik dengan iklan skim pelaburan berkenaan pada 1 Julai lalu sebelum dihubungi seorang individu warga Indonesia menerusi WhatsApp.
“Pelaburan dikenali sebagai Centralize itu diperkenalkan kepadanya menerusi WhatsApp.
“Mangsa yang berminat kemudian melakukan dua transaksi pemindahan wang ke dua akaun penerima berbeza,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Yusof, mangsa selepas itu membuat beberapa pembayaran secara berperingkat sehingga jumlah keseluruhan wang yang diserahkan mencecah RM100,000.
Pembayaran itu dibuat kononnya bagi mendapatkan keuntungan pelaburan yang didakwa disekat menerusi aplikasi Centralize.
Namun, selepas beberapa transaksi dilakukan, mangsa mula menyedari sesuatu tidak kena apabila pulangan seperti dijanjikan tidak diterima.
“Mangsa menyedari dirinya ditipu apabila tidak menerima pulangan hasil pelaburan seperti yang dijanjikan selepas membuat beberapa pembayaran,” katanya.
Mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi pada Isnin.
Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Kes berkenaan sekali lagi menunjukkan modus operandi penipuan pelaburan yang menggunakan tawaran keuntungan luar biasa bagi menarik mangsa membuat bayaran secara berperingkat. Janji pulangan tinggi dalam tempoh singkat sering digunakan untuk meyakinkan mangsa sebelum mereka diminta menambah modal atau membuat bayaran tambahan.
Dua pengarah Mandiri ditahan bantu siasatan AMLA
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum