Dedah semua, jangan pilih-pilih laporan RCI TH demi kepentingan politik: AMK

August 26, 2026 · Politik

Tindakan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang mempersoalkan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji disifatkan sebagai cubaan mengalihkan fokus apabila dapatan siasatan tidak selari dengan naratif politik yang dibawa UMNO.

Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Danish Hairudin berkata, sebelum ini Akmal antara pihak yang lantang mendesak laporan RCI Tabung Haji didedahkan.

Katanya, selepas laporan itu dibuka kepada umum dan beberapa tangkapan dibuat pihak penguat kuasa, persoalan baharu pula dibangkitkan apabila dapatan siasatan tidak memenuhi kehendak politik tertentu.

“Akmal sebelum ini antara yang lantang mendesak supaya laporan RCI Tabung Haji didedahkan. Hari ini laporan itu sudah didedahkan dan beberapa tangkapan telah dibuat oleh badan penguat kuasa.

“Tetapi apabila apa yang didedahkan tidak menepati naratif politik yang mahu beliau bawa, beliau cuba mengalihkan tiang gol pula,” katanya dalam kenyataan.

Danish berkata, RCI Tabung Haji tidak ditubuhkan ketika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, justeru kerajaan hari ini tidak seharusnya dipersalahkan atas dapatan yang terkandung dalam laporan berkenaan.

Beliau turut mengingatkan UMNO yang mempunyai wakil di Parlimen serta menjadi sebahagian daripada kerajaan supaya menggunakan saluran Parlimen untuk membangkitkan sebarang persoalan mengenai laporan itu.

“Kalau ada perkara dalam laporan RCI yang dirasakan tidak lengkap, bawa ke Parlimen. Bahas, tanya dan desak jawapan. Kalau ada bukti baharu, serahkan untuk disiasat. Tidak kira siapa terlibat,” katanya.

Dalam masa sama, Danish mempersoalkan mengapa isu seperti dakwaan amalan ‘creative accounting’, kelemahan tadbir urus serta pelaburan yang mengalami kerugian sehingga 100 peratus kurang diberi perhatian.

“Ini semua persoalan besar yang sepatutnya Akmal dan UMNO jawab dan perjuangkan. Anehnya, bab ini senyap pula,” katanya.

Beliau turut menyokong gesaan supaya laporan RCI didedahkan sepenuhnya, termasuk perkara yang mungkin tidak selesa untuk mana-mana pihak.

“Kalau nak dedah, dedah semuanya. Bahaskan semuanya. Jangan hanya memilih bahagian tertentu untuk mengukuhkan naratif politik,” katanya.

Danish berkata, Tabung Haji bukan milik mana-mana parti politik, sebaliknya institusi yang mengurus amanah jutaan pendeposit.

“Kalau benar mahu kebenaran, terima kebenaran itu sepenuhnya. Jangan cari RCI sampai jumpa jawapan yang kita suka,” katanya.

Isu pengurusan dan tadbir urus Tabung Haji sebelum ini turut menjadi perhatian selepas kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat dakwaan berkaitan pengurusan institusi itu. Pendedahan laporan berkenaan kini mencetuskan perdebatan baharu mengenai dapatan siasatan serta tindakan susulan pihak berkuasa.

Berita berkaitan
KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah
August 26, 2026· Isu semasa
Jangan ulang RCI hanya kerana tak suka keputusan: Mahfuz
1 jam lalu· Politik
RCI Tabung Haji ditubuh ketika UMNO berkuasa, kenapa dipersoal sekarang? – Mahfuz
19 jam lalu· Politik
Cadangan Audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet: Anwar
21 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka
August 26, 2026 · Politik
Dua ADUN Bersatu sokong Wan Rosdy hingga PRN-16, parti beri restu
2 jam lalu · Politik
Bersatu Melaka terbuka kerjasama dengan PH hadapi PRN
19 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Amirudin diberi amanah teliti kerjasama PH-BN
21 jam lalu · Politik
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
August 24, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok